Resepi Air Khatira Sedap, Murah, Boleh Minum Ramai Ramai
Air Khatira merupakan sejenis juadah minuman yang sangat popular terutama sekali di selatan tanah air, iaitu di Johor. Ianya sangat istimewa kerana menggunakan bahan – bahan yang khas bagi menyediakan juadah ini. Air Khatira biasanya dihidangkan pada makan tengah hari dan ianya juga popular dijual di Bazar Ramadhan semasa bulan puasa dan dinikmati ketika iftar.
Air Khatira mempunyai rasa yang manis dan digabungkan pula dengan kacang dan buah – buahan. Oleh kerana variasi rasa dan tekstur di dalam minuman ini, ianya memberikan kepuasan kepada yang menikmatinya. Selalunya untuk mendapatkan juadah minuman ini, anda perlu membelinya. Kini, anda boleh menyediakan sendiri air khatira dengan resepi yang kami bawakan!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Husna Azlan dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi, apa tunggu lagi, jom lihat!
Resepi Air Khatira
Bahan – bahan:
- Pewarna hijau perisa pisang
- Setengah tin susu cair
- Setengah tin susu pekat
- 10 ketul gula batu
- Buah kembang semangkuk
- Getah anggur (khatira)
- Biji selasih
- Kekacang (badam/gajus/kacang tanah/kacang pistachios/kurma/kismis)
- Ais
Cara – cara memasak:
- Rendamkan buah kembang semangkuk dan getah anggur sehingga kembang.
- Buangkan kulit dan kekotoran bagi getah anggur dan tapis.
- Ulang sehingga dua ke tiga kali sehingga bersih.
- Di dalam bekas lain, bancuhkan gula batu dan air panas, susu pekat dan susu cair.
- Letakkan pewarna dan kacau sebati.
- Tumbukkan kacang untuk tekstur yang lebih halus dan lebih mudah untuk masuk ke dalam gelas nanti.
- Potongkan kurma kecil – kecil.
- Campurkan kesemua di dalam bekas, kacau sebati dan rasa sebelum meletak ais.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.
- Resepi Cucur Topi Kelantan
- Resepi Jeruk Mangga Asam Boi
- Resepi Kek Lapis Santan