Agar Agar Santan (Pandan)

Td ramai request resepi.. maaf lah ye lambat sikit dok menaip pjg.. ?

Check it out ??????

AGAR-AGAR SANTAN (PANDAN)
Bahan:
1. Satu paket agar-agar 20g/25g (rendam dlm air – 5min – tapis)
2. 5 helai daun pandan (potong dan blend dgn air – tapis)
3. Pewarna hijau epal (sedikit, jika suka)
4. 2 biji telur
5. 200ml Santan kotak. (Sy guna Kara size kecil)
6. Air tapis
7. Gula pasir: 1 + 1/3 cwn (1cwn shj jika nk kurangkn manis)
8. Sedikit gula batu.
9. 1/2 tsp (sudu kecil) Garam kasar.

Cara-cara:
1. Letak agar2 yg tlh direndam & tlh ditapis ke dlm jug air (yana guna measurement jug) – ukur jumlah agar2 pd jug. Ini akan menjadikn 1 bahagian. Cth: ukuran yana 1,1/2 P / hampir 4cup. Kemudian ketepikan dan letak dlm bekas lain.
2. Menggunakn jug/ bekas ukuran yg sama, isikn air tapis sehingga menyamai ukuran agar2 td. Ini adalah bahagian 1 cecair. Tuang ke dlm periuk.
3. Isikan lagi air tapis dgn jumlah sama ke dlm jug bagi mendapatkn bahagian ke 2 cecair. Tuang ke dlm periuk.
4. Panaskan sehingga menggelegak. Masukkan agar. Tunggu agar2 hancur. Masukkan gula pasir & gula batu.
5. Menggunakn jug / bekas ukuran yg sama, campurkan (air pandan ditapis + santan + telur). Tambahkn air tapis bagi menyamai jumlah ukuran agar2 td. Tambah sedikit pewarna. Ini menjadikan campuran ini bahagian ke 3 utk cecair. Tuang ke dlm blender dan blend sehingga berbuih.
6. Masukkan bahan yg telah di blend ke dlm periuk agar2 td. Masukkan garam. Tunggu sehingga mendidih dan berbuih. Biarkn brbuih 1-2min. Kacau. Tutup api.
7. Sediakan loyang dan renjiskan dgn air tapis. Ratakan.
8. Tuang campuran agar2. Tunggu sehingga sejuk. Simpan dlm peti.
9. Selepas 30min – 1jam, boleh potong.
10. Sedia utk di ngapppp ????

Pemilik resepi : ‎Liyana Mohd Tamili‎

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *