Agar Agar Pandan Santan
AGAR-AGGAR PANDAN SANTAN
Bahan-bahan :
1. Agar2 tali – sebungkus
2. Daun Pandan (dikisar dengan air sebanyak 150ml air ) – 4/5 helai
3. Telur – sebiji
4. Santan kotak (serbuk pun boleh) – sekotak
5. Perasa pandan ( optional) – setutup
6. Mug penyukat (beli kat Mr. DIY je)
7. Gula kasar – ikut citarasa
***************************************
Cara
1. Masukkan agar2 & air sebanyak 1400ml dalam periuk .
2. Kacau sehingga hancur , masukkan gula secawan . Yang ni awak boleh rasa sendiri. Nak manis boleh letak lebih gula .
3. Agar2 & gula dah hancur baru boleh masukkan air daun pandan yang dikisar. Kalau air pandan tu pekat tak perlu tambah pewarna hijau lagi. Air pandan ni jugak dah wangi . Kacau dalam 5 minit.
4. Campurkan telur & santan dalam mangkuk then baru masukkan dalam periuk . Dah masukkan kacau dengan perlahan & slowkan api.
5. Agak2 dah masak dalam 5-10 minit gitu, tutup api.
6. Tuang dalam container/ loyang biarkan sejuk baru masukkan dalam peti ais .
Good luck ?
Resepi dari fb Jue Liner
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)