Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Getas (Kudapan Minum Petang Tradisional)

author name

📄

Hari ini kita akan membuat kuih getas, kuih yang paling sedap dan paling senang dibuat. Kuih ini antara kuih tradisional yang disukai orang zaman dulu.

Kuih getas merupakan kuih tradisional yang dibuat dengan tepung pulut atau tepung beras. Cara penyediaannya dengan disira air gula dikacau hingga kering sehingga rasa kuih getas jadi lembut dan liat di dalam namun rangup dan manis di luar.

Kuih getas sedap dijadikan kudapan minum petang. Makan kuih getas sambil layan cerita, borak bersama keluarga atau dihidangkan kepada tetamu. Sambil minum teh o panas atau ais Milo terasa makin sempurna.

Layan selera dengan kuih getas tradisional petang ini. Resepi yang kami tuliskan ini dikongsikan oleh Fiqa Syafiqa‎ di laman Facebook. Sila cubakan.

Resepi Kuih Getas

kuih getas
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 pakej tepung pulut,
  • 1 biji kelapa parut putih,
  • Sedikit garam,
  • 1 cawan air (secukupnya menjadi doh).

Cara-cara :

  1. Gaul semua bahan hingga menjadi doh. Bentuk-bentukkan.

    kuih getas
    Imej via Facebook
  2. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuningan sedikit terus angkat.

Bahan Sira :

  • 1 cawan gula,
  • ½ cawan air panas,
  • 1 helai daun pandan,

Cara Penyediaan :

  1. Masak bahan sira dalam kuali hingga agak likat.
  2. Masukkan kuih.
  3. Kacau hingga gula menjadi kering.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kuih getas, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *