Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kerepek Kentang (Sentiasa Rangup)

author name

📄

Krup krap, sedapnya kerepek kentang. Rasa yang lazat hingga tekstur yang lembut membuat siapa jua jadi ketagih memakannya.

Bagaimana cara anda mengolah kerepek kentang? Adakah anda terus goreng macam itu sahaja? Jika Ya, maka anda telah melakukan kesilapan. Tahukah anda bahawa untuk membuat kerepek kentang yang sempurna semula jadi macam kilang ada tips dan trik.

Salah satu rahsia kerepek kentang jadi rangup ialah air cuka. Macam mana boleh guna air cuka untuk sedapkan kerepek kentang? Untuk maklumat lebih lanjut sila baca perkongsian di bawah ini ya.

Gerenti kerepek kentang anda akan jadi garing macam makanan ringan berjenama, sentiasa rangup dari pagi hingga ke pagi. Disimpan dalam bekas kedap udara boleh tahan berhari-hari lamanya. Anak-anak mesti suka sangat. Jom baca resepi yang dikongsikan oleh Princess Ucuk di laman Facebook.

Resepi Kerepek Kentang

kerepek kentang
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kentang dihiris nipis,
  • Air yang dimasak bersama cuka (2 sudu besar cuka) dan sedikit garam (terpulang ingin letak garam atau tidak),
  • Minyak untuk menggoreng,
  • Perencah maggie kari.

    kerepek kentang
    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Kentang direndam dalam air rebusan campur cuka dan garam (air rendaman mestilah betul-betul panas).
  2. Lepas 10 minit boleh keluarkan kentang dan cuci dengan air biasa.
  3. Goreng dengan minyak yang cukup panas.
  4. Bila sudah kekuningan sedikit angkat dan toskan minyak.
  5. Tabur perencah maggie atau perencah apapun ikut selera sendiri.
  6. Tabur masa kentang masih suam-suam supaya perencah lekat elok pada kentang.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kerepek kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *