Resepi Satay Daging Goreng ala Bugis Tanpa Perlu Cucuk atau Bakar!

satay bugis 2

Satay Daging Goreng merupakan hidangan yang dibawa oleh orang Bugis. Tanpa perlu bakar dan perlu dicucuk, satay daging ini merupakan salah satu alternatif yang lebih baik untuk disediakan. Ianya juga dihidangkan bersama dengan rempah ratus dan rasanya juga lebih sedap dan menarik. Buat anda yang inginkan kelainan, satay daging goreng ini boleh anda disediakan!

Bahan untuk membuat satay daging goreng ini juga termasuklah daging lembu, halia, lengkus dan serbuk rempah. Bahan – bahan ini boleh didapati di mana – mana pasaraya berdekatan anda. Ianya juga mungkin telah pun berada di dapur anda sekarang! Cara pembuatan satay daging ini juga mudah. Daging diperap semalaman sebelum digoreng bersama bahan perapan.

Resepi ini dikongsikan oleh Darmawati Herman dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Jom tengok resepi ini!

Resepi Satay Daging Goreng ala Bugis

satay bugis
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging lembu
  • Serai*
  • Serbuk Ketumbar
  • Serbuk Jintan putih
  • Halia*
  • Bawang putih*
  • Lengkuas*
  • Kunyit hidup*
  • Gula dan Garam secukup rasa.
    Bahan bertanda (*) dikisar terlebih dahulu.

Cara – cara memasak:

  1. Perapkan daging bersama kesemua bahan selama semalaman.
  2. Panaskan minyak.
  3. Masukkan daging yang telah diperap bersama bahan kisar.
  4. Masakkan sehingga daging empuk dengan api perlahan.
  5. Apabila sudah pecah minyak dan kering, matikan api.
  6. Siap!
satay bugis 2
Image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *