Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mango Panna Cotta (Pencuci Mulut Itali)

author name

📄

Panna Cotta merupakan hidang tradisi rakyat Itali. Ianya merupakan krip yang dipekatkan dilengkapkan bersama topping. Ada pelbagai topping buat panna cotta, antaranya adalah variasi beri seperti bluberi dan strawberi serta mangga.

Kali ini, kami bawakan Mango Panna Cotta. Mengapa mangga? Ini kerana, mangga mudah untuk didapati di sekitar kita. Rasanya juga amat lazat dan manis. Pasti menjadi pencuci mulut yang lengkap buat kita sekeluarga.

Resepi ini dikongsikan oleh Suzanna Raman dan mendapat banyak perkongsian dan likes di media sosial. Apa tunggu lagi, jom tengok!

Resepi Mango Panna Cotta

mango-panna-cotta
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 400ml susu segar
  • 200ml diary whipping cream
  • 50gm gula castor
  • 2 sdb gelatin
  • 4 sdb air masak

Topping: Puri Mangga

  • 1 biji mangga masak
  • 1 sdb gula caster
  • 1/2 sk jus lemon

(Kisarkan kesemua sehingga halus dan ketepikan)

Cara – cara memasak:

  1. Larutkan gelatin dengan 4 sdb besar air suam
  2. Panaskan susu, krim serta gula. Masak hingga gula larut dengan api perlahan
  3. Padamkan api masukkan gelatin. Kacau sebati
  4. Tuang dalam bekas yang anda suka. Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam bagi set
  5. Setelah set keluarkan dari petisejuk dan sudukan puri mangga atas panna cotta
  6. Simpan semula dalam fridge bagi sejuk. Sedap dimakan sejuk – sejuk.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *