Maggi Kari, siapa tak sukakannya? Ianya amat popular dan sangat sebati dengan rakyat Malaysia. Ada pelbagai versi yang dihasilkan daripada Maggi Kari. Antaranya yang biasa, yang tumis, digoreng dan dibuat murtabak pun ada.
Kali ini, kami bawakan resepi Maggi Kari versi Maggi Goreng. Ianya sesuai buat mereka yang menginginkan sedikit kelainan tetapi dapat menghasilkan hidangan yang sedap, lazat serta mesra-ekonomi.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Ira Mael di Facebook. Bolehlah anda mencuba resepi maggi kari goreng yang lebih unik ini. Jom kita cuba!
Resepi Megi Kari
Bahan – bahan:
- 3 bungkus maggi kari
- 1 ulas bawang kecil (potong kecil²)
- 1 sb cabai kering (bland)
- 2 sb sos cili
- 2 inci lobak merah
- 1 pokok baby sawi
- 1 biji cabai besar
- 2 biji telur
- 2 peket perencah maggi kari
- 2 sb minyak
Cara – cara memasak:
- Rendam maggi sahaja sampai kembang & toskan. Ketepikan.
- Letakkan minyak dalam kuali sampai minyak hangat.
- Tumiskan bawang kecil sampai warna kuning.
- Masukkan cabai kering yang dah dikisar. Masak sampai pecah minyak.
- Masukkan 2 paket perencah maggi sahaja daripada 3 bungkus maggi itu.
- Masukkan lobak merah & baby sawi dalam 30 saat.
- Masukkan air sedikit. Masak 30 saat.
- Masukkan telur dan kacau sampai telur hancur.
- Masukkan maggi, daun baby sawi & cabai besar. Kacau sampai sebati.
- Siap untuk dihidang.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!
Leave a Reply