Popia Sambal Manis, siapa tidak sukakannya? Gabungan pedas dan manis bersama sayuran rangup dan kulit popiah yang amat lazat dan menyelerakan mampu menaikkan selera sesiapa sahaja!
Kali ini kami bawakan resepi Popia Sambal Manis. Ianya tidak sukar dan amatur juga boleh menyediakannya. Popia Sambal Manis ini amat sesuai untuk dihidangkan sewaktu minum petang. Untuk lebih umph, hidangkan bersama teh o panas.
Resepi ini dikongsikan oleh Syarifah Norzila di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak likes!
Bahan – bahan:
Popia
- Kulit popia sebungkus
- Sebatang lobak merah
- Sebiji sengkuang saiz kecil
- Taugeh
- Air untuk balut popia
Sambal manis
- 2 sudu besar cili boh
- 1 cawan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu besar udang kering
- Sos cili
- 1 labu bawang putih
Cara – cara memasak:
Popia:
- Sagat halus lobak merah dan sengkuang.
- Celur taugeh sebentar.
- Kemudian, gaul rata lobak, sengkuang dan taugeh tadi.
- Balut bahan tadi dengan kulit popia. Untuk bagi kulit melekat. pada akhir lipatan popia, letakkan sedikit air
- Goreng dengan api sederhana. Pastikan kuali betul – betul panas baru menggoreng ye.
Sambal Manis:
- Kisar bawang putih, udang goreng bersama cili kisar dan sedikit air.
- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan kacau rata. Selepas itu, masukkan gula dan garam.
- Masukkan sos cili. Masak sehingga nampak agak pekat.
- Boleh angkat dan sejukkan.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!
Leave a Reply