Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Pedas Ikan Tongkol Unik Sedap Pedas Menyengat!

author name

Rendang Ikan Tongkol merupakan salah satu menu yang amat popular di bahagian pantai timur tanah air kita. Ianya merupakan salah satu alternatif yang terbaik buat pencinta rendang yang inginkan menu yang lebih sihat. Ini kerana, ikan merupakan menu yang lebih sihat dibandingkan dengan ayam dan daging merah. Kali ini, kami bawakan resepi ini khas buat anda semua.

Resepi rendang ikan tongkol ini sebenarnya boleh disediakan dengan hasil yang melazatkan sekiranya anda patuh pada resepi asalnya. Walaubagaimanapun, anda juga bebas menyesuaikan bahan dengan citarasa anda sendiri. Rasa rendang ikan tongkol ini juga amat lazat dan pastinya menjadi kegemaran ramai! Jadi, apa tunggu lagi, mari kita lihat resepi ini!

Resepi ini dikongsikan oleh Nazura Zainal Abidin dan telah mendapat banyak komen positif di laman Facebook. Jom tengok!

Resepi Rendang Pedas Ikan Tongkol

rendang ikan tongkol 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ikan Tongkol di potong dan digoreng sikit
  • 1 1/2 biji kelapa santan
  • 3 btg serai titik
  • 2 helai daun kunyit hiris
  • sehelai daun limau purut
  • 1/2 biji kelapa dijadikn kerisik
  • 3 sudu besar rempah*
  • garam

    Bahan kisar
  • 10 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • sedikit cili padi merah (jika suka pedas)
  • halia
  • lengkuas
  • kunyit

    Rempah:
  • jintan kasar
  • jintan halus
  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • bunga cengkih
  • lada hitam
    (Kesemua bahan rempah diambil sesudu, dibersihkan, disangai dan dikisar halus)

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam kuali bersama kerisik serai dan rempah.
  2. Masukkan juga santan.
  3. Masak sehingga kuah hampir pekat.
  4. Bubuh garam, daun limau purut dan daun kunyit
  5. Masukkan ikan tongkol tadi. Biarkan kuah rendang masak dengan api yang sederhana.
  6. Masak hingga sempurna.
rendang ikan tongkol
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *