Ayam Toco
Arini potluck kat opis.. kita masak ayam toco. Ni salah satu menu kalu bekwoh kat klate.
Bahan-bahan
8-10 ulas bawang merah *
4-5 ulas bawang putih *
7 biji cili padi ( kalau suka pedas boleh lebihkan cili ) *
3 biji cili kering ( saya guna jenis yg x pedas utk warnanya aje ) *
3 batang serai *
1-2cm halia *
1-2cm lengkuas *
( semua yg bertanda * dikisar halus )
Isi ayam – ikut suka
15-20 ekor udang
2 sudu besar kacang soya bergaram – (kat kelantan kita panggil tauchu) saya guna jenama
yeos ( kalau beli yg kasar…tumbuk dulu kasi halus )
2 biji tomato – potong 12
10-15 urat kacang panjang – potong pendek dlm 2cm
2 biji cili hijau – potong pendek dlm 2 cm
1 cawan air
gula
garam
Cara-cara
1. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan kacang soya bergaram. kacau rata sehingga bangkit bau.
3. Masukkan isi ayam. Gaul rata sehingga ianya hampir2 masak. Masukkan air. Tunggu sehingga ianya mendidih dan pecah minyak. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan udang..kacau rata.
5. Masukkan kacang panjang dan cili hijau. kacau rata. Akhir sekali masukkan tomato.
Kredit resepi ini kepada nikhaslin.