Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Samperit Klasik Cair Dalam Mulut

author name

Resipi kali ini merupakan resipi kuih turun temurun yang sangat digemari dan paling kerap dihidangkan menjelang hari raya. Biskut semperit dibuat menggunakan bahan-bahan yang sangat ringkas namun begitu jika tidak betul dengan caranya ia akan menyebabkan jari anda perit untuk menekan adunan ini mendapatkan bentuk bunga Dahlia.

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda tips untuk menghasilkan adunan yang lembut dan mudah untuk ditekan. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini yang boleh anda dapati di kawasan berdekatan anda.

A : 

  • 250g butter 
  • 1 cwn gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • Esen vanila
  • Ceri merah/choc Chip

B: 

  • 1 cwn tepung kastad
  • 2 cwn tepung jagung
  • 1 cwn tepung gandum

Kaedah

  • Pukul butter gula hingga hancur gula (guna senduk je)
  • Tambah kuning telur
  • Tambah esen
  • Masukkan tepung gandum sikit-sikit sambil gaul, tidak perlu habiskan sukatan tepung gandum.
  • Memadai apabila adunan cukup basah agar ia tidak terlalu keras.
  • Guna acuan bunga samperit pecah 10 dan hias dengan ceri merah atau choc cip.
  • Bakar selama 15–20min pada suhu 160c.
  • Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  • Siap!

Sememangnya terdapat banyak resipi kuih dahlia atas talian ini yang boleh anda dapati. Namun kenapa begitu tidak semuanya menghasilkan  adunan yang sama jadi jangan lupa untuk mencuba resipi ini. Rasailah kenakan biskut dahlia yang cair dalam mulut, mana tahu mungkin satu hari nanti anda boleh pula mengambil tempahan selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.