Daging Masak Merah selalunya dihidangkan di gerai – gerai Thai disekitar kita. Ianya merupakan daging yang dimasak bersama cili kisar dan sos cili serta tomato. Rasanya amat lazat dan mengenyangkan.
Kali ini, kami bawakan resepi Daging Masak Merah khas buat anda semua. Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan kini, anda boleh menyediakannya sendiri!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Farahziana Jarahim dan mendapat banyak perkongsian serta likes di Facebook beliau. Jom kita lihat!
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai
Bahan – bahan:
- 3-4 ulas bawang putih
- Bawang besar
- Lada besar
- Cili kisar
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos tiram
- Perasa
- Garam
- Gula
Cara – cara memasak:
- Rebuskan daging dahulu.
- Apabila sudah masak, sejukkan sebentar.
- Ketukkan bawang putih.
- Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.
- Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang putih yang telah diketuk tadi. Masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar.
- Apabila sudah garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
- Masukkan air rebusan daging didalam 3 – 4 sudu.
- Letakkan perasa, garam dan gula.
- Letakkan lada besar dan bawang besar.
- Kacau sebentar dan siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!
Leave a Reply