Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang popula direstoran yang menghidangkan makanan cina. Udang goreng bercili merupakan sebuah hidangan panas yang enak dimakan bersama nasi. Teknik memasak ialah cepat dan menggunakan api yang besar, ini bagi memelihara kesegaran makanan lait yang digunakan.
Bagaimanapun bahan yang digunakan kali ini ialah udang, bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan. Bahan yang mudah dan ringkas ini boleh ditemui dikebanyakkan kedai runcit dan pasaraya.
Resepi Udang Goreng Cili Bertelur
Bahan-bahan
- 3-4 ekor udang
- 5 sudu besar cili kisar
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi (potong)
- 1 biji telur (pukul sedikit)
- Sedikit halia
- Sos tiram
- Sos cili
- Cuka
- Minyak bijan
- Garam
- Gula
Kaedah
- Kisar halia, bawang besar dan bawang putih dan tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga cili benar benar masak dan garing. hanya cincang halus sahaja bawang dan halia.
- Masukkan semua bahan lain, kecuali telur. Bila dah secukup rasa, masukkan ketam atau udang. Tutup kuali supaya ketam cepat masak.
- Bila ketam/udang dah masak, angkat keluar ketam/udang dari kuali dan diletak dalam pinggan. Tuang telur di atas udang.
- Masukkan cili padi dan pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan kacau dengan garfu sebelum dituang ke dalam kuah sos. Kacau telur sehingga sebati. Tutup api.
- Akhir sekali, siram kuah sos ke atas ketam atau udang yang telah dikeluarkan tadi.
Untuk menghasilkan masakan yang sedap, penting untuk anda menggunakan bahan yang segar, terutama udang. Udang yang sesuai dengan masakan ini ialah udang laut saiz besar atau udang ternak yang berwarna kelabu. Masak guna api besar dan masak dengan cepat adalah cara yang paling sesuai untuk masakan ini. Oleh itu selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply