Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Pizza Sardin bersama Sosej

author name

📄

PIZZA SARDIN BERSAMA SOSEJ

Bahan doh pizza:
200gm tepung gandum
125ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening
Bahan topping:
1/2 tin sos speghetti prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang – dipotong nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella secukupnya
Cheese cheeder secukupnya

Cara:
1. Buat doh, bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam, kacau rata dan tunggu berbuih.
2. Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.
3. Uli hingga lembut dan masukkan shortening, kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari, uli kira-kira 10-15 minit.
4. Doh yang dah diuli, jadikan bentuk bulat dan dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih. Biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.
5. Bila doh dah naik cantik, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi.
6. Canai doh dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza. Gunakan jari untuk meleperkan doh hingga menutupi seluruh pemukaan tray pizza.
7. Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180’C selama 10-15 minit. Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sedikit.
8. Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil. Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra kesemua bahan.
9. Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin, sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar.
10. Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180’C atau sehingga topping masak kekuningan.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih ❤ ❤ ❤ ——————-

nak lagi resepi ? jom like Resepi Sedap

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *