NASI MINYAK TERENGGANU DAN GULAI DAGING BAWANG GORENG
RESIPI NASI MINYAK
(cara saya)
3 pot beras Basmathi(cap Monghul saya guna)
5 pot air + 1 pot susu cair dicampurkan bersama sesudu makan limau atau 1 sdm cuka kedalamnya
Bahan tumis untuk nasi
5 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih
1 helai daun bay
1sdt jintan manis/jintan puteh/ketumbar dimesin halus
2 @ 3 sdb minyak sapi
2 sdb minyak zaitun
Rempah 4 sekawan
Tumis hingga naik bau..masukkan beras yg ditos..goreng sekejap..masukkan air yg telah disukat..juga daun pandan simpul.
Bila dah masak..tabur kismis..bawang goreng dan renjiskn perwarna kuning.
GULAI DAGING BAWANG GORENG
1 kg daging..potong kecil..basuh dan tos
3 sdb @ lebih rempah kari daging(saya guna cap Jam)
Bahan blend halus
6 biji bawang merah
4 ulas bawang puteh
1 in halia
1 in kunyit hidup @ 1 sdm kunyit serbuk
2 gengam bawang goreng diramas2(sebaiknya bawang yg digoreng sendiri..wangii)
Kesemua bahan diatas di gaul bersama daging dan perap selama 1 jam
# saya suka lebihkan bahan2 tersebut.
Bahan tumis
6 – 7 biji bawang merah
4 ulas bawang puteh
1 in halia kesemyanya dimayang
Rempah 4 sekawan
1 senduk @ lebihcili kering kisar
2 sdb minyak sapi dan minyak masak untk menumis
Bahan lain
2sdb sos tomato
1/2 tin susu cair
1 cawan air
1 sdb kicap lemak manis(untk cantikkan warna)
Daun pandan simpul
Asam jawa..nise..serbuk perasa..garam
Caranya.
Tumis bawang dan kawan2nya hingga kekuningan naik bau..masukkan cili kering kisar..tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan biarkan daging empuk. Perlahankan api.
Masukkan sos tomato..asam jawa..nise..gaul sebati..masukkan susu cair..air dan kicap..perasakan dgn garam..dan serbuk perasa.
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
.
Resepi sedap di IG IbuResepi. Follow https://www.instagram.com/iburesepiku_
.
Kredit Resepi – Noorizan Mohamad
#iburesepi
Leave a Reply