Kek Lapis Masam Manis
Resepi:
10 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan)
1/2 tin krimer manis (resepi asal 1 tin)
**Saya dah try ikut resepi asal..bagi saya terlalu manis.
1 1/4 buttercup (seketul buttercup dan sedikit potongan buttercup dari seketul buttercup yang lain. Dapat tak???)
1 packet hwa flakes
2 1/2 cawan biskut lemak yang telah diblend (saya guna biskut lemak cap pingpong. Ada resepi guna biskut meri. Tapi percayalah penggunaan biskut lemak akan buat rasa kek ni luarbiasa sedap dan mengeluarkan bau yang menyelerakan)
1 sk esen vanilla
1 sk serbuk penaik **optional
Pewarna hijau dan kuning
Cara membuat:
1. Pukul putih telur bersama gula hingga betul2 kembang. Bila angkat mixer adunan tak menitik.
2. Pukul butter bersama susu hingga kembang.
3. Masukkan adunan putih telur dan gula ke dalam adunan butter. Mix hingga sebati.
4. Masukkan kuning telur dan mix kan sebati.
5. Sambil mixer on masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit hingga habis.
6. Seterusnya masukkan esen vanilla dan serbuk penaik dan mix hingga sebati.
7. Panaskan periuk kukus dahulu. Kemudian bahagi adunan kepada 2. Satu adunan masukkan pewarna kuning dan satu lagi hijau. Bergantung pada taste masing2 nak terang mana warna kek. Pada saya lagi kurang lagi baik. Lagi baik kalau tak letak langsung. Tapi hilangla sedikit seri kuihnya.
8. Sedia untuk dikukus. Masukkan lapisan pertama ke dalam bekas kukusan. Lebih kurang 2 senduk dan susun hwa flakes. Tutup periuk kukus tunggu hingga +-10min kemudian masukkan lapisan kedua dan susun hwa flakes. Selang selikan warna. Ulang step yang sama untuk lapisan2 seterusnya sehingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus 15-20min dan siap siap!
SELAMAT MENCUBA..
Kredit resepi kepada Salwa Adam via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Leave a Reply