RESEPI KUZI AYAM
RESEPI KUZI AYAM
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam
1/2 sudu besar REMPAH KUZI
1 tin susu cair
1100 ml air rebusan ayam
1/2 cawan kismis (digoreng)
1/2 cawan badam (digoreng)
250 gram bawang besar goreng (holand)
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN A :
1 sudu besar minyak sapi
2 cawan minyak zaitun/jagung
BAHAN B :
1/2 sos tomato demontel
1 sudu tomato puri
1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN :
1. Panaskan bahan A dengan api sederhana
2. Masukkan dan tumis bahan B sehingga pecah minyak
3. Masukkan 1100 ml air rebusan ayam bersama bawang goreng dan rempah kuzi.
4. Masak hingga mendidih dgn api perlahan .
5. Masukkan 1 tin susu cair
6. Kalau pekat tambah air secara berperingkat.
7. Api diperlahankan dan masak selama 30 minit.
8. Setelah semua sebati masukkan ayam yang direbus tadi.
8. Masak sehingga ayam lembut dengan api perlahan.
9.Masukkan kismis dan badam
10.perasakan dengan garam dan gula
11. Dan biarkan mendidih kemudian sedia di hidang
kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih 🙂