Telur Bungkus merupakan hidangan yang selalu disediakan di restoran Thailand dan di gerai – gerai berdekatan. Ianya biasa dimakan bersama dengan nasi putih. Sekiranya digabungkan bersama dengan tomyam pasti ia akan menjadi lebih lazat! Rasanya juga sangat sedap, terdapat isi ayam di dalam telur dan kombinasi protein tersebut bersama dengan bahan – bahan lain serta telur pasti mengenyangkan perut anda.
Cara pembuatan telur bungkus juga tidak sukar untuk disediakan. Ianya amat ringkas dan menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Buat mereka yang sibuk bekerja, anda juga boleh menyediakan hidangan ini kerana ianya tidak mengambil masa yang lama. Ianya juga mesra amatur and sesiapa sahaja boleh menyediakan hidangan ini dengan rasa yang sangat sedap dan menyelerakan.
Rsepi ini dikongsikan oleh Rina Azmi dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook milik beliau. Mari kita lihat resepi ini!
Resepi Telur Bungkus ala Thai
Bahan – bahan:
- 2 biji telur
- Isi ayam – di potong kecil
- 1/2 biji tomato potong dadu
- 1 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1/2 sudu cili kisar
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil sos ikan
- Garam dan gula secukup rasa
- Sayuran ikut citarasa (lobak, timun, nenas, bunga kobis)
Cara – cara memasak:
- Goreng ayam menggunakan sedikit minyak sehingga keperangan.
- Masukkan bawang, cili kisar dan tomato.
- Masukkan sos ikan dan sos cili dan kacau sehingga masak.
- Masukkan garam dan gula.
- Kacau dan biarkan kuah memekat.
- Tutup api dan ketepikan.
- Untuk telur, pecahkan dua biji telur.
- Letakkan sedikit garam dan kacau dengan garfu.
- Tuangkan telur dalam kuali panas dari tepi dan pusingkan menjadi bulat.
- Golekkan kuali agar telur nipis dan rata.
- Perlahankan api dan masukkan isi ayam.
- Lipat penjuru telur dadar sehingga menutupi isi telur bungkus.
- Terbalikkan dengan berhati hati dengan cara tekapkan pinggan di atas kuali dan terbalikkan kuali sehingga telur di atas pinggan.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.
Leave a Reply