Resepi Pepes Ayam Padu Sangat Makan Pun Bertambah – Tambah

pepes ayam

Pepes ayam, salah satu resepi yang amat lazat. Jika anda pernah mencuba sata dan otak otak, anda harus mencuba pepes ayam! Pepes ayam amat popular di pantai timur, ianya juga lebih dikenali dengan nama otak – otak ayam. Perbezaan yang amat ketara adalah ianya menggunakan isi ayam dan bukannya isi ikan. Namun begitu, rasanya amat sedap tau!

Cara pembuatan pepes ayam ini amat mudah. Secara asasnya, anda perlu kisarkan isi ayam dan gaul bersama telur, tumis bahan tumisan dan gabungkan keduanya. Akhir sekali, kukus pepes ayam yang telah dibalut selama 20 minit. Siap! Jika anda ingin menghidangnya, bakar sekejap di atas dapur. Anda juga boleh menyimpannya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rosmaliza Omar dan mendapat banyak shares tau! Jom kita tengok resepi pepes ayam.

Resepi Pepes Ayam

pepes ayam
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Isi ayam bahagian dada – dikisar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar ketumbar**
  • 2 sudu besar jintan manis**
  • 2 sudu besar jintan putih**
  • 3 batang serai**
  • 5-6 ulas bawang merah**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 4 biji buah keras**
  • 1 inci halia**
  • 1 inci kunyit**
  • Segenggam cili kering**
  • 2 kiub ayam
  • 250 ml santan kara
  • Secukup rasa
  • Garam, gula
  • Daun pisang untuk membungkus

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan kesemua bahan bertanda ** sehingga lumat dan tuangkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan minyak, kiub ayam, perasa, garam, gula dan santan.
  3. Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan sambal.
  4. Kisar isi ayam dan gaulkan bersama telur.
  5. Setelah sambal sejuk, campurkan dengan ayam kisar tadi.
  6. Gaulkan isi ayam rata bersama sambal.
  7. Letakkan 1 sudu kecil adunan pepes atas daun pisang dan bungkus seperti kuih koci.
  8. Kukus selama 20 minit.
  9. Apabila hendak makan, bakar sekejap di atas dapur.
  10. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *