Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang popular dihidangkan direstoran atau cafe. Udang nestum merupakan hidangan pembuka selera yang popular dan mewah. Ia dibuat menggunakan udang besar, butter dan serbuk nestum.
Nestum merupakan sejenis bahan yang biasanya digunakan dalam minuman, namun apabila ia digunakan bersama udang, rasanya amat mengejutkan. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Udang Nestum
Bahan-bahan
- 20 ekor udang yang agak besar
- 10 helai daun kari
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 3 sudu besar butter
- 3 biji cili api dihiris kasar
- 1 sudu kecil serbuk stok ayam
- 1/2 cawan nestum
- minyak untuk menggoreng udang
Kaedah
- Udang digaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
- Panaskan butter. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. Masak sehingga berbau wangi.
- Masukkan pula nestum dan gaul sehingga nestum nampak garing. Matikan api. Masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati. Angkat dan hidangkan panas
Udang nestum ini mempunyai rasa yang rangup dibahagian luar dan lembut didalam. Penggunaan nestum dan butter menaikan aroma mewahnya, dan amat sesuai jika ingin dihidang kepada tetamu istimewa anda. Oleh itu jangan lupa dapatkan bahannya dan cuba resepi ini ya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply