PUTERI AYU CHEESE
2 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovalette
Pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan
BAHAN CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
80 gm gula castor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur
Satukan kesemua bahan2 cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.
CARA2NYA:-
1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.
2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.
6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.
7. Didihkan air di dalam kukusan.
8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.
9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.
* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
*Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.
NOTA dari Aini Binte Madon
Saya masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.
SELAMAT MENCUBA…
Leave a Reply