Resipi kali ini adalah resipi tart nenas gulung yang menggunakan bahan yang sangat ringkas dan sangat minima. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti tepung gandum, butter/marjerin dan esen vanila. Resepi ini tidak menggunakan minyak sapi ataupun tepung jagung dimana kedua bahan inilah yang menyebabkan tat nenas menjadi rapuh walaupun ramai yang menggemarinya dan paling menarik resepi ini juga tidak menggunakan telur. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- 375g butter/marjerin
- 500g tepung gandum
- 1 tsp esen vanila
Kaedah
- Pukul marjerin bersama esen vanila hingga kembang atau berwarna pucat.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
- Masukkan dalam acuan dan gulung inti nenas didalamnya.
- Bakar tat nenas selama 150-160c selama 15-20min.
- Kalau nak cantik sapu dengan kuning telur bersama warna egg yellow dan sedikit air bila ia telah masak.
- Kemudian bakar sebentar kurang 5 min atau masukkan sahaja dalam oven yg masih panas untuk menghasilkan warna kuning yang cantik.
- Siap!
Untuk inti biasanya saya beli yang sudah siap di kedai tapi jika anda suka anda boleh buat sendiri intinya jadi dengan cara itu anda boleh menghadkan penggunaan gula. Tat nenas ini sesuailah bagi orang yang tidak suka pada tat nenas yang mudah pecah atau melekat lekat dalam lelangit bila dimakan malah sesuai juga untuk mereka yang vegetarian. Senang cakap tat nenas ini mempunyai rasa tat nenas olskol yang lebih ringkas tetapi sedap. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.