RESEPI KETUPAT SOTONG GEBU VERSI KELANTAN
Bahan bahan (Untuk makan 10 orang)
.
Sotong – 4 kg
Pulut susu – 1 kg
Gula melaka – 8 kerek kecik
Daun pandan – 3 helai
Lidi pengcukil gigi
Santan cair – 1 kg
Santan pekat – 1 kg
.
Cara caranye :
1) Siang sotong dan buang kulit dan mata. Lihat gambar contoh. Basuh dengan air garam dan toskan.
2) Basuh pulut susu dan toskan.
3) Siat kecik kecik daun pandan dan letak pada dasar periuk. Seperti dalam gambar.
4) Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati. Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnye.
5) Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti.
6) Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong. Sila rujuk video di bawah.
7) Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan.
8) Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpe perlu nyalakan api.
9) Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau.
10) Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan. Sila rujuk gambar.
11) Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat.
12) Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makannnnnn.
.
#SHARE bagi yang tak pernah merasa ketupat sotong gebu versi kelantan.
.
Cdt : fatin pauzi
KETUPAT SOTONG GEBU
author name
📄 Ketupat
About Our Content Creators
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.
Praesent et consequat ligula, eu malesuada ligula. Praesent sed velit leo. Curabitur egestas ex imperdiet efficitur consequat. Curabitur quis felis gravida, dictum nunc a, malesuada erat.
We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.
Leave a Reply