Sotong goreng tepung merupakan pilihan ramai kerana rasanya yang amat lazat. Akan tetapi, pernahkah anda rasa sotong goreng madu? Rasa manisnya digabungkan dengan sos semasa makan pasti lebih kick dan menyelerakan. Ianya juga lebih digemari oleh kanak – kanak kerana rasanya yang manis. Selalunya, ayam goreng madu menjadi pilihan, namun begitu, hidangan ini pastinya lebih lazat!
Resepi sotong goreng madu ini menggunakan bahan yang super ringkas dan tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan. Cara – cara pembuatannya juga amat mudah, hanya perlu gorengkan sotong, tumiskan bawang dan masukkan madu kemudian gabungkan saja bersama sotong tersebut. Mudah, cepat, lazat dan yang paling penting sekali lebih jimat!
Resepi ini dikongsikan oleh Lara Izz Zarah dan mendapat banyak komen positif di Facebook. Mari kita tengok resepi sotong goreng madu!
Resepi Sotong Goreng Madu
Bahan – bahan:
- Sotong
- Telur
- Tepung jagung
- Lada hitam
- Sos cili
- Bawang putih
- Madu
Cara – cara memasak:
- Campurkan sotong bersama sedikit garam, lada hitam, tepung jagung.
- Kemudian, salutkan bersama telur.
- Gorengkan.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
- Masukkan sos cili dan sedikit air, biarkan mendidih sebentar.
- Masukkan madu, garam dan lada hitam.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!
Leave a Reply