Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lempeng Pisang Inti Kelapa Daun Pisang Warisan Berzaman

author name

 Resipi kali ini merupakan sejenis kuih atau hidangan petang yang sangat popular di kalangan orang Melayu. Lempeng pisang kali ini disediakan dengan cara tradisional di mana ianya dimasak bersama dengan daun pisang. Lempeng ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi kerana aromanya yang menarik dan keenakannya. Penyediaannya sangatlah mudah dan bahan-bahan digunakan tidak banyak beza dengan membuat cekodok pisang cuma bezanya ia  bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang Digunakan.

Bahan-bahan

  • Pisang emas atau pisang berangan ( yang telah masak)
  • Tepung gandum ( sama banyak dengan pisang)
  • Sedikit air ( sekadar cairkan adunan jika telah pekat)
  • 1 biji kelapa parut ( tambah dengan sedikit garam)
  • Daun pisang secukupnya. (Potong sedikit kecil)

Kaedah

  • Lenyekkan pisang dan tambah tepung sedikit demi sedikit.
  • Tambah air jika terlalu pekat.
  • Ambil sehelai daun pisang yang telah dibersihkan.
  • Letak anggaran 1 senduk kecil adunan dan ratakan
  • Tambah kelapa parut dan gireng atas kuali yang telah dipanaskan.
  • Boleh tambah sedikit minyak untk efek garing.
  • Ulang hingga habis dan hidangkan sebagai hidangan minum petang.
  • Siap!

Dalam masakan ini kita menggunakan air kelapa parut sebagai Intinya Namun begitu jika anda tidak gemar anda boleh abaikan penggunaannya. Hidangkan ia bersama secawan kopi sebagai hidangan minum petang anda, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.