Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Suhun Goreng Udang Halia Pedas Hangat Makan Bertambah

author name

Resepi ini merupakan salah satu masakan Thailand yang biasanya dihidang di restoran dalam pot untuk pelanggan mereka. Masakan ini menggunakan udang Thailand iaitu sejenis udang air tawar saiz besar berwarna kelabu yang banyak terdapat dinegara kita. Ia dimasak menggunakan halia dan bawang putih dan cara membuatnya sedikit rumit tetapi masih boleh difahami bagaimana pembuatan dan penyediaannya.

Masakan ini sesuai bagi peminat makanan laut khususnya penggemar udang kerana apabila ia telah siap ia amat lazat dan menyelerakan. Bagi anda yang ingin mencuba resepi berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil minyak bijan 
  • ½ cawan air 
  • 1 pek kecil suhun
  • 8-10 udang sederhana
  • ½ sudu kecil lada hitam(tumbuk)
  • ½ sudu kecil lada putih(tumbuk)
  • 6 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 2 batang daun ketumbar (potong pendek dan tumbuk dengan lada hitam dan putih)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 daun bawang
  • Rendam suhun dalam air suhu bilik selama 10 minit untuk melembutkan. 
  • Toskan
  • Potong suhun pendek-pendek agar mudah untuk digoreng nanti.
  • Siang udang, potong duri hujung kepala udang dan belah belakang udang untuk buang kotorannya.Cuci dan ketepikan
  • Campurkan semua bahan sos dan kacau sehingga gula larut. 
  • Panaskan kuali dan tumis lada yang telah ditumbuk bersama batang ketumbar tadi.
  • Apabila telah naik bau, masukkan udang.
  • Gaul agar sebati dan kemudian masukkan suhun yang telah diperasakan dengan kicap tadi.
  • Gaul dan goreng agar sebati, kemudian tutup api
  • Hidang dengan hirisan daun bawang dan hirisan cili api merah.
  • Siap!

Masakan ini amat sedap, namun hati-hati dengan penggunaan kicap agar ia tidak terlalu masin. Pilih udang segar dan bersaiz besar untuk menikmati keenakkan masakan ini, masakan ini sudah tentu mahal jika dihidangkan direstoran namun anda pasti dapat berjimat bila anda sediakan sendiri masakan ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *