Resepi kali ini merupakan sebuah resepi roti sandwich yang biasa dihidang ketika sarapan pagi. Namun biasanya rotinya dibakar terlebih dahulu, berbeza dengan resepi kali ini kerana ia menggunakan roti putih oleh itu sesuai dijadikan bekal didalam perjalanan. Walaubagaimanapun ia juga sedap dimakan sebagai sarapan pagi terutama apabila anda menambah hirisan buah tomato. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yanh diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- Secubit garam
- Susu
- Mayonis
- Hiasan
- Salad/Timun
- Tomato
- Mula-mula pecahkan telur dan tambahkan garam, mayonis dan sesuatu susu.
- Panaskan kuali dan tambah 1 sudu butter
- Apabila butter telah cair, masukkan telur dan terus kacau agar ia tidak keras.
- Tutup api sebelum telur menjadi terlalu masak
- Sejukkan sebelum digunakan.
Sapukan roti dengan butter atau mayonis
- Letakkan helaian daun salad atau hirisan timun
- Tambahkan hirisan tomato jika suka.
- Tutup dengan sekeping roti
- Petang roti dan kemudian dengan pisau bergerigi belah dibahagian tengah.
- Sedia untuk dihidangkan.
Seperti yang disebut dibahagian atas tadi, sandwich ini menggunakan telur hancur yang dimasak dengan mayonis dan memberi rasa yang berkrim. Oleh itu anda juga boleh menjadikan ia sebagai hidangan didalam majlis kecil. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!
Leave a Reply