Koleksi kali ini agak unik kerana ia menghimpunkan 10 resepi tepung segera yang anda boleh sediakan sendiri dirumah. Bayangkan berapa banyak tepung segera yang pernah anda beli? Tepung kek, tepung naik sendiri, tepung goreng ayam, tepung pankek malah tepung goreng pisang. Namun sebenarnya ianya boleh disediakan sendiri?
Tepung segera adalah satu cara yang memudahkan dan mempercepatkan proses masakan, dimana anda tidak perlu menyediakan semua bahan kerana ia telah dihimpunkan didalam satu bekas. Jom lihat 10 resepi atau cara untuk menyediakan tepung premix anda sendiri.
1. Resepi Premix Kek Coklat Moist
Yang paling popular ialah tepung segera kek coklat most. Harganya sekitar RM 10 sekotak untuk anda hasilkan kek saiz 7”. Sebenarnya ia sangat mudah untuk anda sediakan sendiri,berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 cawan besar tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1sudu teh soda bikabornat
- ½ sudu teh garam
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula halus
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan ayah beberapa kali.
- Simpan didalam bekas kedal udara.
Cara penyediaan kek coklat moist
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan susu cair
- ½ cawan susu pekat
- Telur gred A/B 2 biji
- 1 sudu teh esen vanilla
- Adunan ini sesuai untuk loyang saiz 8” bulat. Kukus selama 60 minit atau sehingga masak.
- Siap!
2. Resepi Premix Cookies Famos Amos
Seterusnya resepi premix cookies yang sangat mudah tetapi akan menghasilkan Cookies seperti famos amos. Sedap dan rangup, berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.
Bahan-bahan
A
- 200g butter
- 50g shortening
- 2 biji kuning telur
- 200g gula halus
- 50g gula perang
Bahan-bahan
- 250 tepung gandum
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp emplex
- 200g gula halus
- 50 gula perang
- Secubit garam (jika guna butter unsalted)
Kaedah
- Masukkan semua bahan didalam mangkuk dan kacau sebati.
- Ayak beberapa kali dan simpan didalam bekas kedap udara.
Cara penyediaan cookies,tambah
- 250 g butter cair (sejukkan dahulu)
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
Kaedah
- Gaul kedua bahan kering dan bahan sebelum menambah bahan-bahan lain mengikut citarasa anda.
- Contohnya anda boleh menambah serbuk koko, choc Chip, kacang badam mahupun kismis.
3. Resepi Premix Tepung Goreng Ayam
Seterusnya resepi premix ini yang amat popular dan sangat laris jualannya. Sebenarnya premix yang dikongsikan ini setanding tepung bestari, anda tidak perlu tambah garam dan serbuk perasa lain kerana semua bahan yang diadun sempurna dan tahan lama. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung beras
- 2 sudu teh serbuk bawang
- 1 sudu teh serbuk bawang putih
- ½ sudu gen serbuk halia
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- ½ sudu teh serbuk jintan halus
- ½ sudu teh serbuk jintan manis
- 11/2 sudu teh garam
- ½ sudu teh ajinomoto
- 2 sudu teh serbuk cili/paprika
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
- Ayak jika perlu dan simpan didalam bekas kedap udara.
Cara penyediaan
- Tambahkan tepung kepada bahagian ayam yang telah dibersihkan.
- Perap sebentar,
- Sediakan minyak yang cukup untuk menggoreng
- Sebelum goreng ayam yang telah diperap, gaul sekali lagi dengan tepung.
- Goreng dengan api sederhana sehingga masak.
- Siap
4. Resepi Premix Kek Vanila
Resepi premix kek vanila ini menggunakan minyak masak sebagai bahan tambahannya. Selain daripada membuat kek menggunakan premix ini, anda juga boleh menyediakan muffin. Memudahkan semua urusan berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 200g tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- ⅛ sudu teh soda bikarbonat
- 1 cawan gula halus
Kaedah
- Campur semua bahan dan ayak beberapa kali.
- Simpan didalam bekas kedap udara.
Untuk menyediakan kek vanila bersaiz 7” bulat, tambah.
- ½ cawan minyak masak/butter cair
- 1 biji telur
- 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka
- 1 sudu teh vanila.
Kaedah
- Campurkan bahan basah dan tuangkan bahan-bahan premix.
- Kacau sebati dan bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
- Siap!
5. Resepi Premix Hot Chocolate
Seterusnya premix Hot choc, ia menggunakan bahan-bahan kering yang memudahkan untuk anda sediakan secawan coklat panas, malah juga sesuai untuk dijadikan edible gift buat rakan dan taulan,berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 cawan susu tepung
- ½ cawan gula halus
- ½ cawan serbuk koko
- 2 sudu teh tepung jagung
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan ayam sebelum simpan didalam bekas kedap udara.
- Untuk menyediakan hot Chocolate anda hanya perlu didihkan 200ml susu, masukkan 2 sudu besar serbuk hot chocolate.
- Kacau sehingga sebati, sedia untuk digunakan.
6. Resepi Tepung Pancake Premix
Resepi premix ini banyak dijual dikedai atau pasaraya, namun sebenarnya ia amat mudah untuk disediakan sendiri, bahan yang perlu ditambah itulah yang sebenarnya mempengaruhi rasa pankek. Sebaiknya guna bahan yang tertera didalam resepi ini.
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung
- 2 sudu besar gula halus
- 1 sudu teh baking powder
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh garam
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan ayak atau kacau sehingga sebati.
- Simpan didalam bekas kedap udara
Bahan tambah
- ¾ cawan susu
- 2 sudu besar cuka
- 1 biji telur
- 2 sudu besar butter cair/minyak masak
7. Resepi Pancake Chocolate Premix
Seperti resepi sebelum ini, iaitu pankek coklat yang pastinya digemari oleh anak-anak atau peminta coklat. Penyediaannya juga amat mudah dimana anda boleh sediakan sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan kering
- ½ cawan tepung gandum
- ¼ cawan serbuk koko
- 2 sudu besar gula kastor
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil baking soda
- ½ sudu kecil garam
Kaedah
- Campurkan semua bahan
- Ayak dan simpan didalam bekas kedap udara.
- Bila ingin guna, tambahkan ¾ cawan susu bersama 2 sudu besar cuka makan, 2 sudu besar mentega cair atau minyak dan juga 1 biji telur.
- Campurkan dengan bahan kering yang telah disediakan.
- Siap!
8. Resepi Tepung Pisang Goreng Premix
Satu lagi premix yang popular dipasaran, yang sebenarnya boleh anda cuba sediakan sendiri. Ia menghasilkan saduran yang rangup dan sangat berbaloi untuk anda sediakan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- ½ cawan tepung gandum
- 1 ½ cawan tepung beras
- Secubit garam
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- ½ sudu teh emplex (pilihan)
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan kacau sebati
- Simpan didalam bekas kedap udara
- Apabila ingin menggunakan ia sila tambah bahan-bahan air secukupnya sehingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair.
- Boleh juga tambah 1/2 sudu besar air kapur
9. Resepi Tepung Naik Sendiri
Seterusnya cara untuk menyediakan tepung naik sendiri yang biasanya digunakan oleh ‘home baker’ yang biasnya mempunyai stok terhad. Kadangkala bila kehabisan stok ditengah malam pasti akan panik, sebenarnya anda boleh sediakan sendiri tepung ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
Kaedah
- Ayak kedua bahan sebanyak 3-4 kali.
- Simpan didalam bekas kedap udara.
- Sukatan ini sesuai untuk sebiji kek saiz 8” atau 9”
- Tepung ini sesuai mengantikan tepung kek naik sendiri yang biasanya dijual dikedai.
- Sukatan ini sesuai untuk saiz 1 adunan kek.
10. Resepi Premix Tepung Kek
Akhir sekali tepung kek yang menghasilkan lek yang lebih halus dan selalu menjadi pilihan ramai pembuat kek. Ianya sebenarnya boleh dihasilkan sendiri, sekiranya anda kehabisan stok anda tidak perlu panik kerana ia boleh disediakan sendiri. Berikut adalah a bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 4 sudu besar tepung jagung
Kaedah
- Mula tuang tepung gandum didalam satu bekas
- Keluarkan 4 sudu besar tepung gandum
- Kemudian tambahkan 4 sudu besar tepung jagung
- Ayak lebih 5-6 kali agar tepung benar-benar halus.
- Siap!
Itulah ia 10 resepi atau cara menyediakan tepung premix yang sebenarnya boleh anda sediakan sendiri dirumah. Ia merupakan satu idea yang sangat menarik kerana selain dari menggunakannya sendiri sebenarnya anda boleh juga menjualnya atau sediakan ia sebagai hadiah untuk rakan dan taulan. Jangan lupa kongsikan koleksi ini agar ia menjadi panduan untuk mereka yang berminat.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply