Resepi kali ini merupakan satu lagi inovasi biskut choc cip yang makin mendapat tempat dikalangan orang kita. Sebelum ini choc cip cookies banyak dijual di kedai seperti famos amos atau pun di super market \. Namun sebenarnya anda juga boleh menyediakan ia sendiri dirumah kerana cara membuatnya amat mudah.
Kali ini kita akan menambah marshmallow didalam biskut ini yang memberi rasa yng sangat lain. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
A
- 200g butter
- 50g shortening
- 2 biji kuning telur
- 200g gula halus
- 50g gula perang
B
- 250 tepung gandum
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp emplex
- Secubit garam (jika guna butter unsalted)
Hiasan/Inti
- 1 peket marshmallow (kecil)
- 1 peket biskut tawar (patah-patahkan)
- 2 tbsp serbuk koko
- 250 g white chocolate (potong dadu)
Kaedah
- Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
- Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
- Kemudian masukkan kuning telur.
- Sediakan bahan B didalam bekas lain.
- Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
- Kacau perlahan hingga menjadi doh
- Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
- Kemudian baru tambahkan white chocolate yang dipotong dadu dan separuh dari marshmallow dan kesemua biskut.
- Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
- Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
- Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
- Letakkan marshmallow sebagai hiasan sebelum bakar
- Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
- Sejukkan sebelum disimpan
- Siap!
Biskut ini mempunyai rasa yang rangup dibahagian tepi tetapi ‘chewyt’ dibahagian tengahnya. Terutama apabila tergigit marshmallow! Anda boleh mencuba sendiri resepi ini dan anak-anak anda pasti suka akan rasanya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply