Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Donat Sempoi Paling Senang Guna Breadmaker Je

author name

📄 ,

Resepi ini merupakan salah satu resepi yang sangat digemari dan lazimnya dijadikan sebagai hidangan dalam minuman petang. Donut adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan juga yis. Pembuatannya tidaklah rumit malah ianya agak mudah untuk disediakan terutamanya bila anda menggunakan breadmaker dan ia pasti akan menawan hati peminat donat kerana kelembutannya. Donat biasanya disalut dengan gula ataupun coklat, namun perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara yang mudah untuk menyediakan donat ini yang akan disalut dengan gula halus sahaja.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ringkas ini berikut adalah bahan-bahan yang boleh anda dapati di kedai membekal barang bakeri yang berdekatan bagi mendapat bahan yang jarang digunakan seperti breadsoftner.

Bahan-bahan

  • 500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum 
  • 1 paket yis mauripan
  • 1 sudu besar bread softener 
  • 60 gm mentega
  • 60 gm gula halus
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam atau secubit garam
  • 200 ml air sejuk
  • Minyak (secukupnya untuk deep fried)
  • Gula secukup untuk menyalut donut
  • Masukkan semua bahan A ke dalam bread maker.
  • Set pada button uli doh dan biar bread maker mengambil alih tugas menguli. 
  • Bila dah siap, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin
  • Bulat-bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gm.
  • Kemudian rehatkan kejap, tutup atasnya dengan kain atau plastik dan simpan kejap dalam ruang yang hangat sikit.
  • Tekan dibahagian tengah atau gunakan penutup botol untuk membentuk lubang donat.
  • Panaskan minyak dan bolehlah goreng, guna minyak sederhana panas.
  • Balik-balikkan doh masa masak supaya naiknya cantik dan sekata masaknya.
  • Tunggu sejuk dan kemudian bolehlah salutkan gula.
  • Siap

Perkongsian kali ini adalah cara membuat donat menggunakan breadmaker namun bagi anda yang ingin mencubanya tanpa mesin pengadun ataupun breadmaker, anda boleh menggunakan teknik  ‘bunting’ iaitu sejenis teknik menghempaskan doh diatas meja beberapa kali.Gayanya persis membasuh baju ditepi sungai,walaupun lucu sebenarnya ia sangat berkesan untuk mendapat doh yang lembut dan elastik. Oleh itu jangan lupa mencuba resepi ini ye!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *