Koleksi 25 Resepi Sayur Yang Paling Sedap

Sayur merupakan salah satu sumber makanan yang amat penting bagi tubuh badan kita. Ini kerana sayur akan membekalkan segala keperluan zat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Sayur seharusnya mengambil separuh daripada saiz pinggan anda bagi memelihara tubuh badan anda dari sistem imun yang lemah. Bukan itu sahaja, bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, sayur juga boleh membantu anda kerana ia juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Oleh ia membantu anda untuk lebih cepat kenyang dan kandungan gula dalam badan anda juga akan stabil sekaligus dapat mengawal selera ‘craving’ yang biasanya menjadi punca kegemukan. 

Oleh itu berikut adalah himpunan 25 resepi berasaskan sayur yang telah dicuba dan terbukti menjadi. Ia bukan sahaja sedap, malah murah dan sangat mudah disediakan.

1) Resepi Somtam Betik


Somtam-Betik
image via Facebook

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Mah di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian. Sontam merupakan sejenis menu yang popular dari Thailand. Kebiasaanya ia menggunakan hanya mangga sebagai bahan utamanya, namun ada keistimewaan dalam resepi ini kerana ia menggunakan betik muda sebagai bahan utamanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 biji betik muda
  • 1 biji mangga muda
  • 1 batang lobak
  • 4 biji cili padi6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • 5 sudu besar gula kabung
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar jus limau nipis
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 3 tangkai kacang panjang

Langkah – langkah memasak:

  • Tumbuk kasar cili padi , udang kering.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk daka bekas besar berisi bahan yang disagat (mangga,betik,lobak).
  • Masukkan cuka, jus limau nipis ,kacang panjang dan tomato. Gaul semua hingga sebati.
  • Boleh dihidangkan
  • Nota: Resepi Som Tam Thai ini sesuai jika dimakan dengan ikan bakar dan untuk rasa yang lebih menyerlah taburkan kacang tanah dan ikan bilis goreng

2) Resepi Sup Sayur Petola.

Sayur petola amat baik bagi kesihatan anda, ia dipercaya dapat menyejukkan badan anda terutama ketika cuaca panas. Petola biasanya dimasak denga cara berkuah seperti sup, namun versi berikut adalah istimewa dan amat sesuai bagi peminat makanan pedas. Jika anda mengemari masakan berkuah dan pedas dan ingin khasiat sayur, cubalah resepi ini.

Bahan bahan

1 batang petola (bersihkan dan hiris)

Bahan tumbuk 

  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 sudu lada sulah 
  • 4 ulas cili api
  • 1 sudu teh biji lada sulah
  • Sedikit ikan bilis 

Bahan lain

  • Minyak
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya 

Kaedah

  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan biarkan hingga garinb betul.
  • Masukkan air secukupnya dan masak sehingga kuah hampir mendidih.
  • Kemudian masukkan sayur petola.
  • Biarkan kuah mendidih.
  • Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tutup api bila sayur telah empuk.
  • Siap!

3) Resepi Sayur Kobis Cina

Resepi berikut merupakan salah satu kegemaran Madam secara peribadi. Seperti masakan sayur lain, resepi ini amat disediakan. Ia juga menggunakan bahan yang minima. Bagaimanapun untuk mendapat rasa manis kobis, sayur ini perlu dimasam hingga empuk. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan utama

  • Kobis cina sebelah saiz sederhana.
  • Jagung kecil 3 batang
  • ½ batang lobak merah

Bahan tumbuk

  • 1 batang cili merah
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 2 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran dan siang mengikut kebiasaanatau saiz yang anda suka.
  • Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau, masukkan garam,serbuk perasa dan sedikit gula jika anda suka.
  • Masukkan sayur lobak merah dahulu diikuti jagung dan akhir sekali kobis cina.
  • Masukkan sedikit air jika ia terlalu pekat, tambah air jika anda suka berkuah.
  • Siap.

4) Resepi Kerabu Tauge Kerang

Kerabu merupakan satu lagi resepi berasaskan sayur. Kerabu diperbuat daripada beberapa jenis sayur kemudian ditambah lagi bahan lagi yang mempunyai aroma yang menarik seperti serai dan bunga kantan. Bagi anda yang suka sayur mentah, resepi ini sesuai untuk anda.

Bahan-bahan

  • 250gm taugeh- celur dan toskan
  • 500gm isi kerang
  • kacang kelisa/botol – dihiris
  • sedikit belacan-tumbuk
  • 2 biji cili merah-tumbuk
  • 10 biji cili padi- boleh tambahkn atau kurangkan-tumbuk
  • 2 biji limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar- hiris
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai-hiris halus
  • 2 batang bunga kantan- hiris halus

Kaedah 

  • Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan2 hiris dan bahan2 tumbuk dalam mangkuk gaul hingga sebati.
  • Perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. gaul sebati
  • Siap dan bolehlah dihidangkan.

5) Resepi Cendawan Goreng 

Cendawan merupakan antara sayur yang menandi kegemaran rasmi orang.  Asaman berasaskan cendawan ini iasanya dimakan oleh orang cina. Ia dimasak ringkas dan cepat. Walaupun cendawan dikatakan sejuk bagi sesetengah orang dan dikatakan ia tidak sesuai untuk dimakan, namun jika kena dengan caranya cendawan akan menjadi kegemaran anda. Baiklah berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri.

Bahan-bahan

  • 1 paket cendawan tiram 
  • 1 peket cendawan enoki (kecil)
  • 1 peket cendawan enoki (besar)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • ½ inci halia
  • Sedikit ikan bilis
  • 3-4 biji lada hitam (diketuk)
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Tumbuk bawang putih dan ikan bilis.
  • Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang tekah ditumbuk tadi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sedikit air jika perlu.
  • Sejurus itu masukkan cendawan dan goreng hingga ia masak.
  • Akhir sekali taburkan lada hitam yang telah ditumbuk.
  • Siap untuk dihidangkan.

6) Resepi Garden Salad

Satu lagi resepi sayur yang amat mudah disediakan, resepi ini biasanya diamalkan oleh orang yang sedang berdiet kerana sayur salad dan beberapa jenis sayur-sayuran yang digunakan paling sedap dimakan bersama sos thousand island ya g kerap dihidangkan direstoran. Namun oleh kerana harganya agak mahal, anda boleh cuba sendiri resepi mengikut cara dan bahan seperti berikut.

Bahan-bahan

  • ½ jambak salad iceberg, romaine atau mak tam
  •  4-6 biji tomato ceri berwarna merah dan oren
  • ½ timun jepun
  •  ½ biji hirisan bawang holland
  • ½ biji sayur lobak merah
  • ½ biji lada benggala hijau 

Salad dressing 

  • Thousand Island jenama Kew Pie

Kaedah

  • Bersihkan semua sayur-sayuran.
  • Hiris sayur salad jika ia terlalu besar.
  • Hiris timun dan lobak merah.
  • Hiris bulat bawang holland.
  • Hiris dadu lada benggala
  • Campurkan semua bahan dan tuang sos thousand island.
  • Sediakan dihidangkan.

7) Resepi Bayam Goreng Ringkas

Sayur bayam merupakan sejenis sayur yang paling popular ditv didalam crancangan kartun popular iaitu Mr. Popeye. Gambaran yang diberi oleh watak kartun tersebut tentang sayur bayam tidaklah seratus peratus benar, namun satuhalyang benar ialah jika anda mengamalkannya, antibodi anda akan lebih kuat dan boleh mempercepatkan penyembuhan jika anda demam anatau selsema. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Seikat sayur bayam (bersihkan dan potong )
  • ½ genggam ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk pecah)
  • 1 batang cili merah dihiris (pilihan)

Kaedah

  • Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk pecah.
  • Masukkan ikan bilis dan goreng sehingga ia garing sedikit.
  • Tambahkan garam , serbuk perasa secukupnya.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Tambahkan cili merah jika anda suka
  • Masukkan sayur, dan tutup sebentar agar sayur benar-benar empuk.
  • Siap

8) Resepi Sawi Goreng Ringkas

Sawi adalah satu lagi sayuran hijau yang berdaun ayang amat baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Sawi mempunyai banyak khasiat, salah satu diantaranya vitamin K yang sangat berguna untuk penyakit serius seperti penyakit jantung, stroke atau diabetis. Malah ia juga membantu menjaga tulang dari proses osteoporosis. Namun bagi menyediakan sayur sawi anda haruslah menggunakan api yang besar agar zatnya dapat dipelihara. Sangat ringkas masakan begini sesuai bagi anda yang tidak punya banyak masa. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

 Bahan-bahan

  • 1 ikat sawi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah (pilihan)
  • 1sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya 

Kaedah

  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis bawang putih dan cili merah.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Masukkan sos tiram dan sedikit garam
  • Kacau sebati, kemudian masukkan sayur sawi yang telah dibasuh dan dipotong.
  • Tutup api apabila sayur telah mula masak.
  • Siap

9) Resepi Kangkung Goreng Taucu

Kangkung merupakan satu lagi sayuran berdaun hijau yang mudah ditemui dinegara kita ini. Dipanggil dengan nama water spinach, kangkung juga mempunyai zat yang amat baik untuk kesihatan. Seperti sayuran lain kangkung perlu dimasak dengan cepat agar dapat memelihara khasiatnya. Untuk kali ini resepi yang dikongsikan ialah kangkung goreng taucu, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama 

  • Seikat sayur kangkung

Bahan-bahan lain

A

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili api

B

  • 2 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar sos tiram

Kaedah

  • Bersihkan dan potong sayur kangkung, ingat untuk membelah batangnya agar semua kotoran dapat dibersihkan.
  • Tumbuk kasar bahan A.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Masukkan taucu dan sedikit sos tiram, tambah garam jika perlu.
  • Masukkan sayur kangkung dan sedikit air jika ia terlalu kering.
  • Tutup sebentar agar kangkung masak, tidak perlu lama sekadar ia masak sahaja.
  • Siap dan bolehlah dihidangkan ketika ia masih panas.

10) Resepi Kailan Ikan Masin 

Seperti sawi, kailan juga amat baik untuk tubuh badan kita. Kailan ikan masin ini adalah antara menu yang paling kerap ditemui digerai masakan tomyam. Namun harga sayur ini agak mahal, oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 5 pokok kailan ( dipotong berasingan bekas daun dan batangnya. Batang dipotong serong)
  • 2 keping isi ikan tenggiri masin atau jeruk
  • 2 ulas bawang putih ( diketuk dan dicincang)
  • 1 labu bawang besar dihiris.
  • 3 biji cili padi di tumbuk kasar @ 3 biji cili hidup ditumbuk kasar
  • sedikit minyak masak
  • sedikit air (jika perlukan sedikit kuah)
  • sedikit serbuk ‘Cukup Rasa’ jika suka

Kaedah

  • Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.Masukkan isi ikan tenggiri/gelama jeruk dan goreng hingga masak isinya. Tekan2kan hingga hancur isi ikan tersebut dengan senduk dan buang tulangnya.
  • Masukkan cili,garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau rata dan jangan sampai cili hangit.
  • Segera masukkan batang kailan. Kacau sebentar hingga 1/2 masak baru masukkan daun kailan.
  •  Kacau sebentar hingga masak sepenuhnya dan hidangkan.

11) Resepi Asam Pedas Batang Keladi

Batang keladi boleh jadi bukanlah seperti sayur berdaun yang lain. Batang kali adalah bahagian batang daun keladi. Daun keladi bagaimanapun tidak boleh dimakan kerana dikhuatiri gatal. Malah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, anda haruslah merebus terlebih dahulu batang kali ini, tapiskan air ya barulah boleh digunakan didalam resepi ini. Pun begitu bagi anda peminat masakan kampung pasti suka resepi ini, kerana ia amat sedap dan sesuai dimakan bersama sambal belacan dan ikan masin, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Semangkuk sayur keladi – disiang,direbus dengan garam dan asam keping. Toskan dan ketepikan.
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 keping asam keping saiz besar
  • Garam
  • Perasa
  • Gula
  • Daun kesom 2-3 pokok

Kaedah

  • Mula-mula kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan sayur keladi tadi dalam periuk
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang ada sayur keladi tu
  • Masukkan air secukup,garam, serbuk perasa, gula, ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kesom
  • Masak hingga mendidih
  • Padam kan api dan sedia untuk dihidang dengan nasi pan

12) Resepi Kerabu Tauge Pucuk Paku

Seterusnya adalah satu lagi resepi kerabu yang sememangnya amat popular dan mudah untuk disediakan. Pucuk paku dan tauge merupakan dua jenis bahan yang paling kerap dikombo bersama. Ditambah dengan bahan-bahan lain ia menghasilkan rasa yang amat sedap dan sesuai dihidangkan diwaktu makan tengahari atau makan malam. Untuk anda cuba resepi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Pucuk Paku seikat
  • Tauge 50 sen
  • Bawang Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
  • Cili Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
  • Cili Padi
  • Belacan Bakar
  • Udang kering 1 sudu besar
  • Jus dari 2 biji limau kasturi 
  • Kerisik 2 sudu besar
  • Garam & Gula Secukup Rasa

Kaedah

  • Tumbuk bawang, belacan dan ikan bilis hingga lumat.
  • Hiris bawang dan cili merah dengan nipis.
  • Celur pucuk paku dan tauge dan selepas itu terus celup didalam air batu agar sayur lebih rangup.
  • Campur kesemuanya dan gaul sebati.
  • Tambah kerisik dan perasakan secukupnya.
  • Siap.

13) Resepi Sayur Campur Cendawan 

Resepi berikut ialah resepi sayur campur bersama cendawan. Sayur campur lazimnya terdiri dari beberapa jenis sayur, dan untuk resepi berikutnya bahan yang digunakan ialah tiga jenis sayur. Untuk bahan tumis ada tambahan lada hitam untuk membuat angin badan. Amat sesuai bagi peminat cendawan, anda harus cuba resepi ini.

Bahan-bahan 

  • 1 peket cendawan enoki
  • 1⁄4 potong kobis cina
  • Beberapa keping cendawan tiram (pilihan) 

Bahan-bahan tumbuk

  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu ikan bilis
  • Sedikit halia ( anggaran kurang dari 1⁄2 inci)
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk berasingan) 

Kaedah 

  • Mula-mula bersihkan sayur-sayuran, hiris kobis cina memanjang.
  • Potong cendawan tiram, manakala cendawan enoki tidak perlu dipotong. Tumbuk bahan-bahan yang telah disediakan.
  • Kemudian tumiskan bahan-bahan tumbuk kecuali lada hitam.
  • Apabila telah naik bau, masukkan sayur-sayuran bermula dengan kobis cina dan diakhiri dengan cendawan.
  • Masukkan sedikit jika ia terlalu kering.
  • Sedap dihidang panas-panas

14) Resepi Terung Masak Taucu

Seterusnya ialah sayur terung, ianya banyak digunakan didalam pelbagai resepi. Daripada kari hingga lah mengril terung selalu dijadikan pilihan kerana rasanya yang amat sedap. Resepi kali pula menggunakan sayur terung sebagai bahan utama didalam masakan taucu ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 2 biji terung bulat
  • Cili api 5 biji
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Ikan bilis 1 sudu
  • Taucu 1 sudu besar

Kaedah

  • Basuhkan terung dan potong baji.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  • Bila telah naik bau, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Sekarang masukkan terung yang telah dipotong baji.
  • Tambahkan air jika perlu dan tutup kuali tersebut.
  • Masak sehingga terung empuk.
  • Kacau sehingga semua sebati.
  • Siap.

15) Resepi Sawi Manis Goreng Pedas 

Sayur sawi mempunyai beberapa jenis. Ada yang jenis panjang dan sedikit pahit, ada yang pendek dan berdaun lebar dan tidak pahit. Namun kali ini Madam akan bawakan resepi menggunakan sawi manis. Sawi manis ini pendek, batangnya juga kecil tetapi daunnya sedikti kurus. Kadangkala berpasir semasa anda membelinya, jadi anda haruslah membasuhnya beberapa kali. Tetapi sawi ini sangat sedap dimasak pedas seperti resepi berikut.

Bahan-bahan

  • Sawi manis seikat.
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 1 ulas
  • Cili api 7 batang
  • Ikan bilis 1 sudu besar
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Bersih sayur sawi dan potong sederhana besar.
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih, cili api dan ikan bilis.
  • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk, tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan garam, serbuk perasa. 
  • Kacau semua bahan hingga benar-benar sebati.
  • Masukkan sayur, tambah air jika perlu.
  • Apabila sayur telah cukup masak. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

16) Resepi Lemak Putih Labu

Labu adalah satu lagi pilihan yang dimasak sebagai menu sampingan waktu makan utama. Labu yang digunakan biasanya yang jenis tua. Dibersihkan dan dipotong kecil, dimasak, menggunakan santan, daun kunyit dan lada hitam amat ringkas tetapi sedap jika dimakan bersama ikan goreng berlada, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Buah labu ½ biji (buang kulit dan potong dadu)
  • Daun kunyit sehelai disiat
  • Bawang besar sebiji dipotong 4
  • Cili merah seulas dihiris
  • Cili api 4 ulas (jika suka pedas)
  • 1 sudu makan ikan bilis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Santan 1 peket kecil

Kaedah

  • Masukkan dalam periuk santan, tambah air ½ cawan.
  • Masukkan labu dan buka api, sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
  • Apabila labu telah mula empuk, baru masukkan bawang besar ,ikan bilis dan cili merah.
  • Biar sebati dan mengelegak baru tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. 
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit dan serbuk lada hitam sebelum dihidangkan.
  • Siap

17) Resepi Lemak Tauge

Masakan ini adalah satu lagi versi sayur lemak putih, dimakan bersama ayam atau ikan berlada atau ikan bakar. Dihidangkan bersama sambal belacan juaga amat sedap, bersama ulaman lain. Sayur makan lebih pun tidak mengapa, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Tauge RM1
  • Sekeping tauhu
  • Sebatang cili merah dihiris tebal
  • Sebiji bawang besar dibelh empat.
  • Ikan bilis 1 sudu makan
  • Santan satu peket kecil
  • Air secukupnya.

Kaedah

  • Gorengkan tauhu dahulu dan potong dadu. Ketepikan.
  • Bersihkan tauge. Ketepikan
  • Masukkan santan, ikan bilis, cili merah yang telah dihiris dan bawang merah yang telah dibelah empat. Masukkan air dalam secawan atau lebih jika suka cair.
  • Kacau sentiasa agar santan tidak pecah. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Apabila telah mengelegak, barulah masukkan tauge dan tauhu yang telah dipotong tadi.
  • Tutup api, boleh dihidang segera. Tauge tidak perlu masak lama kerana ia mudah lembik jika terlebih masak.

18) Resepi Acar Timun 

Acar merupakan sejenjs hidangan berasaskan sayur mentah yang biasanya dihidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi hujan panas. Untuk menyediakan ia amatlah mudah, cuma ia perlu dipersediakan lebih awal agar rasanya lebih sedap, terutama apabila semua bahan mulai serasi dan sebati. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan

  • Timun Jepun sebatang
  • Bawang besar ¼ labu
  • Cili merah 1 batang atau cili api merah 3 ulas
  • Cuka 1 sudu makan
  • Gula 2 sudu makan
  • Garam secubit

Kaedah

  • Basuh timun dan hiris serong nipis-nipis.
  • Kopek bawang dan hiris nipis-nipis.
  • Cili juga dihiris halus atau kasar jika suka pedas
  • Gaul semua bahan diatas dalam satu bekas.
  • Masukkan garam,gula dan akhir sekali cuka.
  • Gaul mesra semu bahan dan akhir sekali simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum dihidangkan.

19) Resepi Kangkung Goreng Belacan 

Satu lagi menu popular yang bajsanga dihudangkan direstoran masakan Thailand. Kangkung goreng belacan ini amat mudah untuk disediakan. Ia juga menggunakan bahan yang ringkas sahaja , masa untuk menyediakan ia juga amat singkat. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan utama

  • Seikat sayur kangkung dibersihkan dan disiang.
  • Bahan-bahan lain
  • Cili api 5 batang, pilih yang berwarna merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ inci belacan
  • Ikan bilis secubit
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Bersihkan sayur kangkung dan belah batangnya.
  • Tumbukkan bawang putih.
  • Hiriskan cili api
  • Pecahkan belacan menjadi serbuk
  • Mula-mula panaskan minyak  masak lebih kurang 1 sudu makan.
  • Tumiskan bawang putih, cili api, ikan bilis.
  • Tambahkan belacan,garam dan serbuk perasa.
  • Tambah juga sedikit air dan kacau sehingga garam benar-benar larut.
  • Masukkan sayur kangkung dan tutup kuali agar sayur empuk.
  • Tutup api sejurus sayur masak.
  • Boleh dihidang segera.

20) Resepi Kobis Goreng Pedas Dengan Udang

Sayur kubis adalah sejenis sayur yang juga baik untuk tubuh badan anda. Ia mengandungi antioksidan yang amat baik untuk kesihatan kulit dan otak kita. Kobis juga selalu diguna didalam pelbagai jenis resepi yang paling popular ialah coleslaw dan juga kimchi. Kali ini resepi kobis yang dikongsi disini ialah kubis goremg bersama udang, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Separuh kobis sederhana besar
  • Separuh lobak merah

Bahan-bahan tumbuk

  • 10 biji cili api
  • ½ labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Bahan rencah
  • Udang saiz sederhana kopek kulit dan perasakan dengan garam sedikit.

Kaedah

  • Bersih dan hiris kobis dan lobak merah.
  • Tumbuk bahan-bahan tumbuk.
  • Goreng bahan rencah iaitu udang dengan minyak yang sedikit, agar ia tidak terlalu masak.
  • Seterusnya tumis bahan-bahan tumbuk, tunggu hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan sedikit air, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan sayur-sayuran, tunggu sayuran masak. Tetapi jangan terlalu empuk kerana nanti kurang zatnya dan juga kurang manis.
  • Akhir sekali masukkan udang, kemudian gaul  hingga sebati semuanya.
  • Sedia dihidangkan.

21) Resepi Lemak Putih Kobis

Salah satu cara masakan yang sesuai menggunakan kobis. Kobis jika dimasak empuk mempunyai rasa manis semulajadi yang amat sedap. Kerana itulah ia sering digunakna dalam pelbagai resepi, berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan utama

  • Kobis putih saiz kecil
  • Santan ½ peket kecil
  • Air secukupnya

Bahan-bahan hiris

  • Bawang besar dibelah 4
  • Cili merah/kering
  • Bahan rencah
  • Hiris kobis kasar-kasar.
  • Udang kecil satu mangkuk kecil

Kaedah

  • Masukkan santan dan air didalam periuk
  • Buka api dan kacau sentiasa supaya santan tidak pecah.
  • Masukkan kobis,masak hingga ia empuk.
  • Barulah masukkan udang, bawang dan cili.
  • Tambah garam dan serbuk perasa.

22) Resepi Kimchi Timun 

kimchi timun
Imej via Facebook

Resepi kali ini dikongsikan oleh Aishah Mat Adam di laman Facebook kimchi seperti yang kita tahu menrupakan salah satu menu popular dari Korea yang mula digemari orang kita. Namun resepi kimchi kali ini menggunakan timun sebagai bahan utama. Enak dimakan dengan nasi putih beras wangi dan telur goreng, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 8 biji timun kecil,
  • 2 sudu garam,
  • 2 biji lobak merah,
  • 1 biji lobak putih,
  • 1 biji bawang Bombay,
  • 5 ulas bawang putih,
  • 1 inci halia,
  • Daun bawang secukupnya.

Bahan Pes :

  • 2 sudu sos ikan,
  • 4 sudu besar serbuk cili (saya guna serbuk cili Babas),
  • 3 sudu tepung pulut,
  • 1 cawan air,
  • 2 sudu bijan (untuk hiasan).

Cara-cara :

  • Timun belah 4 tapi jangan sampai terpotong hujung timun (anggaran 2 inci dari hujung).
  • Lumur garam ke seluruh timun. Kemudian rehatkan selama 20 minit.
  • Hiris nipis lobak merah dan lobak putih.
  • Daun bawang dipotong kasar.
  • Blender bawang putih, halia dan bawang bombay.
  • Dalam periuk masukan tepung pulut dan air, masak dengan api pelahan sampai pekat.
  • Kemudian masukkan serbuk cili, sos ikan dan gula. Pes kimchi sudah siap.
  • Sejukkan pes dalam mangkuk.
  • Jika sudah sejuk, boleh satukan dengan semua sayur yang sudah siap dipotong kecuali timun.
  • Cuci bersih timun yang sudah dilumur garam. Cuci sampai hilang rasa masin.
  • Masukkan kimchi dalam belahan timun. Masa ini kena lembut sedikit, agar timun tidak patah.
  • Akhir sekali boleh tabur bijan.

23) Resepi Rendang Betik

rendang betik
Imej via Facebook

Resepi berikut dikongsikan oleh Adam Amierullah di laman Facebook. Rendang betik merupakan sejenis rendang berasaskan betik muda. Bagi amda yang belum biasa dengan masakan kampung, betik muda sifatnya sedikit keras tetapi manis. Ia biasanya digunakan didalam masakan seperti betik muda masak bening atau dibuat ulam. Baiklah, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 2 biji betik mengkal sederhana besar (disagat kasar @ cincang panjang),
  • 1 ½ kilo santan pekat @ 6 biji kelapa,
  • 40 biji cili api *,
  • 1 inci kunyit hidup*,
  • 3 sudu besar lada hitam* (bahan bertanda * ditumbuk halus @ kisar halus),
  • 3 batang serai diketuk,
  • Ikan masin (tidak kisah jenis apa),
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  • Bahan kisar, serai dan santan dimasak sehingga pekat.
  • Masukkan ikan masin.
  • Masak lagi sampai santan keluar minyak.
  • Masukkan betik yang telah dicuci dan ditoskan. Betik akan berair semula.
  • Kacau perlahan, jangan kerap sangat nanti betik hancur. Biar sampai kering.
  • Rasakan garamnya. Siap.

24) Resepi Jus Pucuk Pegaga

jus pegaga
Imej via Facebook

Resepi berasaskan sayur seterusnya ialah sejenis minuman yang dibuat dari ulam pegaga. Seperti yang kita ketahui pelbagai khasiat dan manafaat yang holeh didapati dari sayur. Inovasi berikut merupakan satu lagi alternatif terutama bagi anda yang suka menjaga badan kerana ia elok untuk awet muda. Resepi dikongsikan oleh Atin Nabila di laman Facebook, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Pucuk pegaga,
  • Susu,
  • Air.

Cara-cara :

  • Blend pucuk pegaga dengan air ikut ingin buat sebanyak mana.
  • Boleh tambah susu sedikit tidak kisah susu apapun cair atau pekat tapi jangan terlalu banyak.
  • Akhir sekali masukkan ais batu.

25) Resepi Lontong

lontong
image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rosnah Ahmad dan mendapat sebanyak 445 perkongsian di Facebook beliau. Lontong amat popular dijadikan sebagai sarapan pagi kerana ia dimakan bersama nasi impit. Pelbagai jenis sayuran yang digunakan didalam resepi lontong yang amat baik bagi kesihatan tubuh badan anda. Resepi ini juga popular dihidangkan dirumah terbuka, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Terung – 5 batang (potong serong)
  • Tauhu – 20 bji ( 1 biji potong 8 ) – digoreng
  • Tempe – 6 ketul ( potong nipis2) – digoreng
  • Suhuun – 3 pek kcik – rendam
  • Pucuk – 6 pek sederhana – rendam
  • Kacang panjang – 1/2kg – (potong serong)
  • Lobak merah – 6 batang ( potong memanjang)
  • Kobis – ikut suka nak banyak mana
  • Halia- seinci
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Cili merah – 5 bji ( hiris nipis)
  • Bawang besar – 3 labu ( hiris nipis )
  • Santan sawit jenama khalis pek besar – 4 pek
  • Udang kering – segengam (rendam)
  • Bawang putih – 1 labu (hiris nipis)

Cara – cara memasak:

  • Tumis bawang putih, bawang besar, halia , udang kering , cili merah sehingga layu dan tumis bersama kunyit.
  • Masukkan semua sayur tumis skit…
  • Masukkan santan. Ikut pekat yang kita nak. Letak air sedikit demi sedikit dan garam.
  • Apabila sudah menggelegak, masukkan suhun, tempe & tauhu.
  • Rasa secukupnya. Masukkan sayur dan pucuk. Masak shingga sayur empuk.
  • Siap.

Itulah dia 25 resepi sayur yang dihimpunkan didalam ruang ini. Bagi anda yanb tidak biasa makan sayur, cubalah salah satu dari resepi yang kami kongsikan kali ini. Semoga anda mendapat manafaat perkongsian ini, oleh itu jangan lupa untuk like dan share akan kita sama-sama berkongsi keuntungnya bersama rakan dan taulan. Selamat mencuba ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *