Puding Marble merupakan salah satu pencuci mulut yang amat popular di Malaysia. Rupanya yang cantik juga merupakan salah satu faktor mengapa puding marble menjadi tular di tanah air kita baru – baru ini. Puding marble juga amat sesuai untuk dihidangkan pada jamuan minum petang .
Kali ini, kami bawakan resepi puding marble ini khas buat anda semua. Walaupun rupanya cantik, cara pembuatannya tidaklah sukar. Bahan – bahannya seperti susu cair, telur, esen vanilla dan agar – agar amat mudah untuk didapati di pasaraya berdekatan. Mari kita lihat cara – cara untuk membuat puding marble ini dengan lebih terperinci.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Shakirah Abu Bakar dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial! Pasti menjadi kan?
Resepi Puding Marble
Bahan – bahan:
Bahan A:
- 1 paket agar-agar serbuk (10gm)
- 1 cawan gula/ kurangkan kalau tak suka manis
- 2½ cawan air
Bahan B:
- 1 tin susu cair
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla (pilihan)
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil mentega
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara – cara memasak:
- Masak bahan A dan kacau sehingga mendidih.
- Campurkan kesemua bahan B dan kacau sehingga sebati.
- Tapis bahan B dan masukkan ke dalam bahan A. Kacau sehingga mendidih.
- Apabila sudah mendidih, masukkan mentega. Kacau rata.
- Bahagikan kepada dua bekas dan satu masukkan ke dalam serbuk koko.
- Kacau dan tapis, lapis seperti biasa.
- Sejukkan dan siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.
Leave a Reply