Resepi kali ini ialah sejenis kek yang mendapat permintaan yang tinggi. Kek oreo ini menggunakan biskut kegemaran ramai iaitu Oreo. Oleh kerana Oreo mempunyai beberapa jenis, anda boleh memilih jenis yang anda suka. Namun Madam memilih yang original iaitu vanila cream.
Jika kebiasaaanya Oreo sedap dinikmati bersama susu, kali ini Madam akan bawakan resepi kek yang menggunakan oreo sebagai bahan utamanya. Asas kek adalah resepi kek span vanila yang anda boleh ubahsuai perisanya. Jadi apakata kita lihat dulu bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi kali ini.
Resepi Kek Oreo Cream
Bahan-bahan
Resepi Kek Span Oreo (Cara Mudah)
Bahan-bahan
- 250g sponge mix
- 4 biji telur gred A
- 60ml air
- 60ml minyak masak
- 2 sudu besar serbuk oreo (kepingam oreo dikisar atau digelekkan sampai halus)
Kaedah.
- Panaskan oven selama 10min.
- Gris dan lapikkan loyang saiz 9” atau 8”.
- Mula dengan kelajuan pengadun yang perlahan, pukul tepung premix dengan telur.
- Tambahkan kelajuannya dan pukul hingga adunan bertukar menjadi pucat dan mempunyai tekstur yang kental. Jika disentuh dengan jari ia menghasilkan konsistensi “stiff peak’.
- Perlahankan pengadun, tambahkan air. Kemudian tambahkan semula kelajuan pengadun, terus pukul adunan sehingga ia menjadi gebu dan tutup pengadun.
- Kaup balik serbuk oreo hingga sebati.
- Akhir sekali kaup balik minyak masak.Pastikan minyak benar-benar bercampur dan sebati.
- Tuang didalam loyang saiz 9” atau 8”. Bakar pada suhu 160c selama 40min.
- Bila telah masak cucuk dengan lidi dulu untuk pastikan ia masak didalam dan terus terbalikkan ia atas redai bersama-sama dengan loyangnya.
- Biarkan sekurang-kurangnya 10 minit. Ini adalah supaya bentuk kek kekal cantik.
- Kemudian barulah keluarkan ia dari loyang dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dihias.
Bahan inti krim oreo
- Satu bungkus Oreo (pecah-pecahkan ia menjadj kepingan yang kecil)
- Fresh cream Vivo secukupnya
Cara-cara membuat kek krim oreo.
- Mula-mula pukul fresh cream sehingga kental.
- Kemudian potong kek kepada tiga lapisan.
- Lapisan pertama lembabkan ia dengan susu segar.
- Kemudian lepa ia dengan fresh cream.
- Taburkan kepingan Oreo tadi.
- Ulang untuk lapisan seterunya .
- Bahagian atas bolehlah dilepa dengan kemas.
- Hiasi bahagian atas dengan biskut Oreo.
- Siap.
Anda boleh menghiasi kek ini dengan longgokan oreo juga sebenarnya. Ada beberapa jenis oreo seperti oreo roll, mini oreo dan sebagainya. Anda boleh menggunakan daya kreatif anda. Yang pasti jika anda mencuba resepi ini, anda pasti boleh membuat kek sempena harijadi orang yang tersayang atau boleh juga dibawa ke pejabat sebagai meraikan hari istimewa teman-teman.
Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi mudah ini,anak-anak anda pasti suka pada rasanya. Selamat mencuba!
Resepi Lain Yang Menarik
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.
Leave a Reply