Biskut kali ini, sebenarnya tiada kena mengena dengan namanya iatu Swiss. Tidak dikehui bagaimanakah ia mendapat nama swiss tart tersebut. Namun begitu biskut ini makin mendapat tempat dikalangan peminat bakeri.
Tart adalah sejenis biskut pastri yang diperbuat dari tepung dan berinti jem seperti jem nenas atau strawberi. Jadi boleh jadi untuk mendapatkan tat yang sedap, butter yang diguna haruslah butter berkualiti yang diimport menyebabkan namanya menjadi unik.
Bagaimanapun,Madam ingin kongsikan resepi swiss tat ini yang Madam telah cuba. Disebabkan ia tidak menggunakan telur, jadi ia sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.
Resepi Biskut Swiss Tart
Bahan-bahan
A
- 250g butter
- 85g gula aising
B
- 170g tepung gandum
- 170g tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanila
C
- 5 sudu besar coklat beras (chocolate rice)
Hiasan
- Inti strawbery
- Beg piping
Kaedah
- Pukul bahan A iaitu butter dan gula hingga pucat dan sebati.
- Masukkan bahan B sedikit demi sedikit termasuk esen vanila
- Akhir sekali kacau semua menjadi sebati.
- Masukkan kedalam beg piping, yang telah ditambah nozzle ‘open star’
- Paipkan ke atas dulang yang telah digris. Jarakkan setiap satu biskut dan tambahkan inti strawberi diatasnya.
- Bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit,atau sehingga ia lekang dari loyang.
Bila telah masak , sejukkan ia diatas redai sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara. Biskut ini sememangnya menjadi pilihan dimusim perayaan. Terutama sejak kebelakangan ini,boleh jadi kerana orang mula mencari kelainan dan kepelbagaian dalam hidangan dihari raya.
Jadi Madam harap,anda sudi mencuba resepi ini demi untuk mencari kelainan dalam pengalaman pastri anda. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa mencuba resepi lain juga ya.
Leave a Reply