Resepi Cornflakes Coklat (Senang 3 Bahan Je)

cornflakes coklat

Hanya gunakan tiga bahan sahaja, sangat mudah dan sedap. Inilah biskut raya yang selalu licin dahulu. Kanak-kanak pasti menggemarinya.

Malah, tidak kisah raya atau tidak, cornflakes coklat juga ramai dibuat untuk hari biasa. Mak sentiasa buat kudapan ini sekadar untuk memuaskan selera anak yang suka coklat itu. Justeru, oleh kerana resepi yang teramat mudah, cornflakes coklat jadi pilihan nombor satu para Mak.

Penyediaannya tidaklah makan masa. Anda hanya perlukan masa 10 minit untuk ciptakan kudapan rangup, manis dan bikin ketagih. Penggunaan mentega kacang menambah kesedapan coklat leleh kerana berbaur dengan rasa masin dan manis serta wangi. Tidak perlu tambah butter atau susu.

Jangan bingung lagi cari resepi kudapan mudah. Cornflakes coklat ialah pilihan resepi simpel masa kini. Sila cubakan resepi daripada Norhayati Ahmad di laman Facebook.

Resepi Cornflakes Coklat

cornflakes coklat
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 500 gram coklat masakan,
  • 500 gram cornflakes,
  • 1 botol besar mentega kacang kasar Lady’s Choice.

    cornflakes coklat
    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Masukkan coklat masakan dan mentega kacang ke dalam kuali dan kacau dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau bagi mengelakkannya dari hangit.
  2. Apabila bahan sudah sebati dan ada gelembung keluar baru masukkan cornflakes dan kacau rata.

    cornflakes coklat
    Imej via Facebook
  3. Setelah itu masukkan ke dalam cup comel-comel.
  4. Boleh simpan di dalam Tupperware.

Nota :

  • Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk. Coklat akan kering dengan sendiri.
  • Biasa saya guna coklat Beryl’s tapi sebab ingin buat 1 adunan saja maka saya guna coklat seperti di atas. Tetap rasa sedap.
  • Kalau ingin tabur kekacang atau manik warna warni pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi cornflakes coklat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *