Laksam merupakan hidangan yang berasal daripada Kelantan yang digemari oleh ramai di antara kita. Ianya merupakan hidangan yang lazat dan istimewa kerana laksam dibuat sendiri dan bukannya dibeli. Digabungkan pula dengan kuahnya yang berlemak, pasti yang merasainya akan makan tak ingat!
Cara pembuatan laksam juga sebenarnya mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya juga boleh didapati di pasaraya berdekatan anda. Sekiranya anda mengikuti resepi ini langkah demi langkah, anda juga boleh menghasilkan hidangan laksam Kelantan yang amat lazat. Pasti ahli keluarga anda akan teruja melihat hidangan ini. Ianya juga pasti akan digemari oleh mereka!
Resepi ini dikongsikan oleh Zarina Che Man dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jadi apa tunggu lagi, jom tengok!
Resepi Laksam Kelantan
Bahan – bahan:
Laksam (12 Gulung)
- 3 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tpg gandum
- sedikit garam
- 4 3/4 cawan air suam
- 3 sudu besar minyak masak
Kuah Laksam (6 orang makan):
- 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan.
Nota: Air rebusan ikan jangan buang, akan digunakan untuk kuah nanti - 2 biji bawang sederhana besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
- Sedikit belacan
- 1/2 periuk santan pekat (6 orang makan + tambahan)
- Garam, gula
- 2 keping asam gelugur
- Daun kesom
- Serai
- Bunga kantan
- Belacan bakar (jika suka)
Dihiris halus:
- Ulaman
- Kacang panjang
- Timun
- Tauge
- Kobis
Sambal laksam (semua bahan dikisar)
- Sambal lada
- Sedikit belacan
- Lada merah
- Cili api merah
- Sedikit garam
Cara – cara memasak:
Laksam:
- Campurkan kesemua bahan – bahan sehingga sebati dan ketepikan.
- Panaskan periuk kukusan, sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disabu dengan minyak masak.
- Masukkan bancuhan tepung tadi di dalam loyang atau tudung periuk. Pastikan ianya tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Gunakan lebih kurang 3 senduk setiap adunan.
- Kukus selama 5 minit.
- Angkat loyang/penutup periuk dan alirkan ke air paip sehinnga sejuk.
- Gunakan hujung sudu untuk menegluarkan laksam daripada loyang. Gulungkan laksam sehingga habis.
- Ulang langkah ini sehingga laksam siap.
Kuah Laksam:
- Ikan yang direbus diambil isinya sahaja dan air rebusan.
- Bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecil.
- Masukkan belacan, dan bahan yang telah direbus dan kisarkan bersama dengan isi ikan tadi. Masukkan juga air rebusan di dalam mesin pengisar bagi memudahkan kisaran.
- Kemudian, masukkan bahan kisaran ke dalam periuk yang telah diisi santan.
- Masukkan baki air rebusan ikan.
- Masukkan lada hitam yang ditumbuk halus, asam keping, garam dan gula.
- Masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
- Hidangkan bersama dengan laksam dan bahan hirisan.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.
Leave a Reply