Resepi Telur Bistik Masak Dirumah Lagi Sedap
Resepi ini merupakan resepi ini adalah salah satu menu yang boleh didapati terutamanya di gerai-gerai yang menyediakan masakan Thailand. Namun begitu sebenarnya telur bistik agak mudah untuk disediakan sendiri malah ia juga menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati. Sesuai sebagai hidangan ringkas diwaktu malam bersama sepinggan nasi panas dan semangkuk tomyam. Baiklah bagi anda yang mencari idea apakah hidangan yang anda ingin hidangkan untuk keluarga anda berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 3 biji telur
- 1/2 mangkuk daging kisar kasar
- 1/2 biji bawang besar – potong dadu
- 2 biji bawang putih – cincang halus
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- Sayur campuran
- Gula dan garam secukupnya
Kaedah
- Pukul telur bersama sedikit garam dan sesudu air.
- Goreng telur sehingga garing.
- Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
- Masukkan daging.
- Gaul sebentar sehingga daging separuh masak.
- Masukkan pula kesemua sos.
- Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan sayur campuran.
- Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
- Siap!
Telur bistik tidaklah mempunyai banyak beza berbanding telur bungkus,perbezaannya hanyalah inti nya di luar manakala telur bungkus mempunyai inti di dalam telur. Namun dari segi rasa ia ada sedikit perbezaan yang anda harus cuba sendiri dan rasa keenakannya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.