Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Telur Pindang (Untuk Majlis Perkahwinan)

Resepi Telur Pindang ini selalunya dikaitkan dengan orang Muar, Johor. Cara pembuatannya remeh dan memakan masa 3 hari. Walaubagaimanapun, ianya diperlukan sewaktu majlis perkahwinan.

Resepi ini amat eksklusif dan kami bawakan khas buat anda. Langkah – langkahnya juga mudah untuk diikuti.

Resepi ini dikongsikan oleh Eddy Nur Kasih dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau.

Resepi Telur Pindang

telur-pindang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  •  Telur 100 biji
  • Daun Jambu Batu
  •  Daun Manggis
  •  Daun Senduduk Bunga Biru
  •  Daun Lengkuas
  • Daun Serai
  •  Kulit Bawang Putih
  •  Kulit Bawang Merah
  •  Ketumbar
  •  Rempah Kari
  •  Garam

Cara – caranya:

  1. Pertama, alaskan daun serai, daun jambu, daun manggis, daun lengkuas, daun senduduk, serta kulit bawang merah dan putih, ketumbar sedikit, garam sedikit dan rempah kari.
  2. Masukkan telur atas lapisan pertama sebanyak 100 biji.
  3. Kemudian, pada lapisan kedua, susun daun daun sama seperti lapisan pertama dan masukkan telur.
  4. Akhir sekali, tutup semua telur dengan daun jangan nampakkan telur itu.
  5. Rebuskan telur selama 3 hari dua malam. Apabila malam sahaja baru dipadamkan api.
  6. Apabila pagi hidupkan api semula dan panaskan air rebusan telur dengan api kecil sahaja. Tambahkan air jika kurang.
  7. Selepas 3 hari, telur pindang siap untuk dimakan.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!