Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Kak Wok (Macam Kat Kedai)

Anda mengidam Nasi Kak Wok? Nak makan nasi kak wok tapi tak ada kedai yang menjual? Jangan risau jangan khuatir, kini anda boleh sediakannya sendiri di rumah!

Kali ini kami bawakan resepi nasi kak wok khas buat anda semua. Siap lengkap semuanya. Jadi apa tunggu lagi, jom start masak!

Resepi ini dikongsikan oleh Keroroyz Royz dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Nasi Kak Wok

nasi kak wok
image via Facebook

Bahan – bahan:

Gulai Ayam:

  • 4 biji bawang bombay
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan rempah kerutub
  • Kacang panjang secukupnya – potong
  • Terung – potong kecil
  • Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
  • Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
  • Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
  • 1 kerek manisan / gula melaka
  • 2-3 keping asam gelugur

Ayam Goreng Harum:

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 2 sudu teh garam
  • 2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 3 tangkai daun kari

Sambal Belacan Ala Kak Wok:

  • 4 biji cili kering – direbus
  • Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
  • 2 inci belacan
  • 1 biji bawang besar – dibakar
  • 1 labu bawang putih – dibakar
  • Gula, garam dan perasa secukupnya
  • Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
  • Limau kasturi secukupnya

Cara – cara memasak:

Gulai Ayam:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
2. Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
3. Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
5. Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
6. Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.

Ayam Goreng Harum:

1. Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
2. Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
3. Angkat dan toskan minyaknya

Sambal Belacan Ala Kak Wok:

1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
2. Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
3. Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
4. Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.

Nasi dimasak seperti biasa bersama daun pandan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!